web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Nama Tersenarai Dalam Kempen Blockout2024, Daiyan Trisha Tunjuk Bukti Sumbangan Kepada Palestine

Sumbangan berjumlah RM100,000 itu didermakan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang menyalurkan bantuan ke bumi Palestine.

Selebriti Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2024 12:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kewujudan senarai nama artis-artis Malaysia untuk kempen Blockout2024 ternyata membuatkan mereka yang terlibat terpanggil untuk mempertahankan diri masing-masing. 

Selepas Nadhir Nasar memberikan penjelasan di akaun media sosialnya, Scha Alyahya juga berbuat perkara yang sama. Kemudian Daiyan Trisha mula berkongsi bukti-bukti yang menunjukkan sumbangannya kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestine. 

Pada setiap resit yang tarikhnya disembunyikan itu, jelas dapat dilihat jumlah sumbangan sebanyak RM25,000 setiap satu untuk Mercy Malaysia, Global Peace Mission Malaysia, Persatuan Cinta Gaza Malaysia dan Viva Palestina Malaysia.

Jelas Daiyan, setiap orang punya cara masing-masing dan dia sama sekali tidak pernah melupakan saudara Islam di Palestine, malah dia juga meminta maaf jika cara dibuatnya tidak seperti yang dimahukan oleh orang lain. 

“Allah tahu. Setiap orang ada cara masing-masing. Setiap orang ada ujian masing-masing. Niat kita, Allah saja yang tahu, reda Allah, Dia saja yang tahu.

“Saya tak pernah sesekali lupa akan saudara saya di Palestine. Saya minta maaf jika cara saya tak bertepatan dengan cara yang anda mahukan.

“Tak apa, saya terima segala kecaman. Sila teruskan perjuangan anda untuk saudara-saudara kita di Palestine dengan pelbagai upaya, kerana itulah yang paling penting sekali.

“Ini cara yang saya termampu pada masa ini berdasarkan situasi dan keadaan. Saya minta maaf. Saya akan cuba untuk usaha lagi dengan lebih baik. Segala doa untuk Palestine,” luah Daiyan di Instastory (IGS) miliknya. 

Dalam masa yang sama, Daiyan turut menambah bahawa dia tidak pernah berhenti membuat perkongsian tentang peperangan yang berlaku di bumi para anbiya itu.

“Satu lagi, saya tidak pernah berhenti berkongsi tentang Palestine. Setiap bulan saya secara konsisten berkongsi tentangnya di IGS, anda boleh semak sorotan untuk tarikh dan RT terakhir saya di Twitter adalah 3 hari yang lalu, sebelum semua isu sekatan ini bermula. Jadi ini bukan kes ‘tiba-tiba nak post’,” tulis Daiyan lagi yang mengakui kadang-kadang dia mungkin terlalai.

Kempen Blockout2024 bermula di MET Gala 2024 yang berlangsung baru-baru ini. Menerusi kempen ini, warganet diminta untuk tidak mengikuti, sekaligus menyekat barisan selebriti yang terang-terangan menyokong Zionis Israel serta mereka yang membisu tentang konflik yang berlaku di Palestine.

Kempen yang berjaya di sana, kini mula digerakkan di sini dan senarai nama artis-artis yang masih menjalinkan kerjasama dengan jenama-jenama yang bersangkutan dengan Israel mula diedarkan di platfrom media sosial.

Selain Daiyan, turut tersenarai ialah Scha Alyahya, Awal Ashaari, Ruhainies, Sheila Rusly, Anna Jobling dan Merqeen. - Getaran, 14 Mei 2024

Foto: IG

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 bulan yang lalu

Fairuz Q-Face Tak Kesal Tinggal Dunia Glamour Kejar Ilmu

2

Selebriti 2 bulan yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

3

Selebriti 2 bulan yang lalu

Azharina Hidap Kanser, Bakal Jalani Pembedahan

4

Selebriti 2 bulan yang lalu

Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 4, Aktor Kamal Bakar Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara