web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Demi RM2000, Nabila Huda Buang Saraf Malu

Abil akui baki bayaran lakonan hanya tinggal cukup-cukup makan demi menghidupkan watak di dalam ‘Diva Popular’.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2021 10:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon, Nabila Huda (37) mengakui baki bayaran lakonannya hanya tinggal RM2000 sahaja gara-gara sakan berbelanja untuk menjayakan watak Erma Erika di dalam drama ‘Diva Popular’. 

Pelakon wanita yang lebih senang disapa dengan panggilan Abil itu berkata, dia membelanjakan sebahagian besar bayaran lakonannya itu untuk tujuan kepuasan peribadi.

“Saya berbelanja besar. Untuk drama ‘Diva Popular’ ini saya membayar khidmat sahabat-sabahat saya iaitu jurusolek selebriti, Bosco Ryzal dan penata gaya selebriti, Arisha Zainal untuk menjaga penampilan saya sepanjang sesi penggambaran ‘Diva Popular’.”

“Bila dihitung-hitung semula, baki bayaran yang saya perolehi setelah tamat berlakon ‘Diva Popular’ hanya berbaki lebih kurang dua ribu ringgit sahaja. Saya tak untung. Penonton gembira dan ketawa tetapi saya tidak untung!” ketawa Nabila.

Nabila Huda sebagai Erma Erika, pelakon muda yang kuat melaram
Nabila Huda sebagai Erma Erika, pelakon muda yang kuat melaram

Tidak mendedahkan bayaran penuh yang diperolehi, Nabila tetap berasa berpuas hati kerana berjaya melakonkan karakter dan mencapai wataknya seperti yang dia bayangkan. 

“Sangat berbaloi. Saya gembira dan ia satu pengalaman yang bagus. Saya tahu tidak semua pelakon mahu berbelanja untuk perkara-perkara sebegini. Mereka akan berfikir-fikir.”

“Namun bagi saya, saya lakukan demi komitmen untuk setiap watak yang saya lakonkan. Saya beri 100 peratus usaha di luar jangkaan pemikiran orang-orang lain.”

“Selama saya berlakon, saya memang begini. Sebab itu saya tidak pernah hidup kaya-raya, mewah sampai ke kayangan,” guraunya.

Mendapat sentuhan Bosco & Arisha, penampilan & gaya Nabila Huda cukup menyerlah di ‘Diva Popular’
Mendapat sentuhan Bosco & Arisha, penampilan & gaya Nabila Huda cukup menyerlah di ‘Diva Popular’

Tambah anak perempuan kepada penyanyi Amy Search ini, dia terpaksa meninggalkan perasaan malu kerana tidak biasa melakonkan watak komedi, “Sebenarnya, saya tidak pandai sangat melakonkan watak komedi.”

“Walaupun ramai yang berkata saya seorang yang kelakar di luar set, tetapi bagi saya, saya tidak berpengalaman berlakon komedi. Saya akan overthink. Betul atau tidak saya lakonkan ini? Boleh membuatkan penonton gelak atau tidak? Perkara-perkara seperti itu.”

“Mungkin ramai kawan-kawan berkata saya seorang yang kelakar. Penonton mudah terhibur dengan kelakuan dan percakapan spontan saya. Namun itulah karakter sebenar saya dan saya tidak pernah terfikir pun untuk membawanya di hadapan kamera,” jelasnya. 

Tambah Nabila, “Saya buang saraf malu saya kerana saya harus membuat penonton ketawa. Saya keluarkan segala macam perangai tidak semenggah saya. Semua perangai bodoh saya. Saya jadi diri saya. Saya lepaskan jiwa dan raga untuk ‘Diva Popular’,” akhirinya. - Getaran, 7 Jun 2021

Saksikan Diva Popular di Awesome TV, saluran 123 (Astro) & 112 (MyTV)
Saksikan Diva Popular di Awesome TV, saluran 123 (Astro) & 112 (MyTV)

Semua gambar: Instagram Nabila Huda @kupu_kupu


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Sukan 1 bulan yang lalu

Tidak Rehat Lama Lepas Menang Gangsa - Aaron/Wooi Yik

3

Sukan 2 bulan yang lalu

Paris 2024: Kejayaan Pearly-Thinaah Cetus Inspirasi Kontinjen Malaysia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Penerbangan Bawa Pulang Rakyat Malaysia Di Bangladesh Berlepas Pagi Ini 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara