web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isteri Harith Iskander Sahkan Fail Cerai

Pasangan ini bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang punca pergolakan rumah tangga mereka.

Selebriti Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2024 1:54PM

Dr Jezamine Lim mengesahkan bahawa dia menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya bulan lepas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Isteri kepada pelawak, Harith Iskander, Dr Jezamine Lim mengesahkan bahawa dia sudah menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya pada Jun lalu.

Dalam satu laporan media, wanita ini memberitahu permohonan cerai telah dibuat kira-kira sebulan lalu, namun dia tidak mengingati tarikh yang tepat. Dalam masa yang sama, Dr Jezamine juga enggan mengulas lanjut tentang pergolakan rumah tangganya itu.

“Betul saya telah menfailkan cerai. Saya tidak ingat tarikh sebenar permohonan dibuat, tetapi lebih kurang sebulan lalu,” ulas Dr Jezamine kepada portal Mstar.

Sementara itu, Harith juga mengambil pendekatan yang sama dengan isterinya apabila enggan mengulas lanjut tentang perkara ini.

Harith, 58, dan Dr Jezamine, 41, melangsungkan perkahwinan pada 12 Jun 2010. Sepanjang tempoh perkahwinan ini pasangan ini dilihat menjalani fasa kehidupan yang harmoni dan tidak pernah terpalit dengan sebarang kontroversi.

Mereka dikurniakan tiga orang cahayamata iaitu Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Xayne, 9.

Kali terakhir, Dr Jezamine dan Harith berkongsi gambar keluarga ialah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu. – Getaran, 9 Julai, 2024

Foto : IG Dr. Jezamine

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 tahun yang lalu

Cerun Ski Pertama Di Malaysia Dan Kolam Laut Mati, Dua Tarikan Terbaharu Escape Penang

2

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Stand Up Comedian’ Negara Bantah Tindakan Wanita Hina Islam

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara