web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


‘Stand Up Comedian’ Negara Bantah Tindakan Wanita Hina Islam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 7:15PM

Harith Iskander ketika memberi komen mengenai isu menghina agama yang dimuatnaik di Facebook miliknya. - Gambar tangkap layar Facebook Harith Iskander

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua pelawak komedi berdiri (stand up comedian) tanah air menyuarakan bantahan terhadap tindakan wanita yang dipercayai sengaja menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab, baru-baru ini.

Pelakon dan pengacara, Harith Iskander, turut menempelak tindakan berkenaan serta menegaskan bahawa apa dilakukan wanita tersebut bukanlah komedi berdiri.

“Wanita itu bukan seorang pelawak komedi berdiri dan apa dibuatnya bukan komedi berdiri. Ya, ia adalah di kelab komedi dan ya, ia adalah pada malam komedi ‘open mic’ (persembahan terbuka).

“Dia boleh sahaja masuk ke dalam sebuah restoran mendakwa mahu menjadi cef dan memasak makanan. Rebus bola keranjang menggunakan kuali dan memuat naik video mengatakan ‘lihatlah saya memasak’.

“Dan selepas itu (orang) kata semua cef bodoh, senarai hitamkan semua cef. Bukan semua cef bodoh, mungkin seorang dua,” katanya menerusi video di Facebook.

Harith berkata, beliau melakukan komedi berdiri secara profesional selama 32 tahun dan pada asasnya, ia direka untuk membuat orang ketawa.

Namun apa ditonton daripada persembahan wanita itu kata beliau, menyakitkan hati dan tidak lucu.

“Orang tanya bagaimana dia dijemput ke pentas? Jawapannya, ia adalah malam komedi open mic. Sesiapa sahaja yang mahu menjadi pelawak bermula di malam open mic.

“Kalau 1,000 pelawak datang ke malam open mic, 999 bukan menjadi mental sepertinya. Dia mahu mengejutkan dan mengalihkan perhatian kepadanya,” katanya.

Harith menambah, kebanyakan pelawak di Malaysia terdiri daripada mereka yang pintar dan hanya berhasrat untuk membuat penonton ketawa.

Sehubungan itu, beliau meminta agar semua pelawak komedi berdiri tersebut tidak dikaitkan dengan tindakan wanita terbabit.

“Dia secara jelas memerlukan bantuan dan saya berharap ubat yang akan dia dapat adalah dengan menonton komedi berdiri sebenar. Tidak... itu pun tidak akan memulihkannya,” katanya..

Semalam, Getaran melaporkan penularan sebuah video di aplikasi TikTok, memaparkan seorang wanita berpakaian sopan dan bertudung memperkenalkan diri kepada penonton ketika membuat persembahan acara di ‘stand up comedy’ yang dipercayai berlangsung di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Bagaimanapun, selepas memberitahu dirinya seorang Muslim dan menghafaz 15 juzuk dalam Al-Quran, wanita tersebut membuka baju, kain serta tudungnya.

Dengan berpakaian seksi wanita tersebut kemudiannya mengeluarkan kata-kata tidak sopan sambil menyapa penonton yang kemudiannya bersorak melihat adegan tersebut.

Susulan penularan video itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjalankan siasatan kerana tindakan wanita terbabit disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap Islam.

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam isu penghinaan terhadap Islam.

Pada masa sama, pelakon dan pelawak, Douglas Lim menolak sebarang persepsi mengatakan Kelab Komedi Clubhouse, iaitu tempat dikatakan berlakunya insiden tersebut, sebagai sebuah ‘tempat pembiakan’ bagi persembahan biadab seperti itu.

Douglas berkata, beliau sendiri pernah membuat banyak persembahan komedi di kelab tersebut, selain menjadi penonton bagi persembahan lain, namun menegaskan, tidak pernah melihat insiden seumpama itu berlaku sebelum ini.

Sebaliknya, kata beliau, kelab beroperasi sejak lapan tahun lalu itu adalah sebuah tempat selamat bagi pelawak profesional dan amatur yang masing-masing mencuba sebaik mungkin untuk membuat penonton ketawa.

“Saya pasti anda semua mengetahui mengenai persembahan biadab dan mengejutkan individu tertentu di Kelab Komedi Crackhouse.

“Saya ingin nyatakan bahawa Crackhouse sudah beroperasi sejak lapan tahun dan saya membuat persembahan di situ banyak kali dan saya ke sana untuk menonton, tetapi tidak pernah melihat apa-apa insiden seperti itu sebelum ini.

“Jadi jika anda merasakan Crackhouse adalah ‘tempat pembiakan’ bagi persembahan biadab seperti itu, tidak (benar),” katanya. - Getaran, 10 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 bulan yang lalu

Isteri Harith Iskander Sahkan Fail Cerai

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Perkataan Hina Islam

3

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Berlaku Aliran Peningkatan Penggunaan Vape, Termasuk Golongan Wanita - Lukanisman

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'