web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cocoa Straits 1778 Perkenal Coklat Dihiasi Kerajang Emas 24k Pertama Di Malaysia

Selera Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2024 12:11PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cocoa Straits 1778 memperkenalkan coklat bonbon dan trufle pertama di Malaysia yang dihiasi dengan kerajang emas 24K, adalah ciptaan eksklusif yang membuktikan komitmen jenama tersebut dalam pembuatan coklat berseni dan terbaik dunia.

Pengasas Cocoa Straits 1778, Jeffrey Kee dalam kenyataan baru-baru ini berkata, coklat berkenaan dihasilkan dengan reka bentuk mewah dan menarik bagi menampilkan kemewahan serta keunikan coklat sepenuhnya.

"la bukan sahaja coklat yang lazat tetapi juga karya seni berharga yang direka dengan tujuan memberi pengalaman deria dan visual yang belum pernah dinikmati sebelum ini," katanya.

Coklat berkenaan dilancarkan dalam majlis yang berlangsung di Genting Higlands pada Jumaat lalu, dengan produk Cocoa Straits 1778 ditawarkan secara eksklusif di kedai terpilih. 

Antara yang turut hadir pada majlis itu, Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Datuk Dr Ramle Kasin.

Kee berkata, nama Cocoa Straits 1778 mempunyai makna khusus bersumberkan daripada sejarah koko yang luar biasa di Malaysia.

"la simbol kepada kesungguhan kami memenuhi misi untuk menyampaikan sejarah koko Malaysia kepada peminat coklat di seluruh dunia. Penanaman koko di Malaysia telah menjangkau lebih dua abad.

"Mengikut catatan sejarah, biji koko ditemui di sebuah taman di Melaka pada 1778. Justeru, '1778' adalah mewakili tahun penemuan pokok koko pertama di Melaka," katanya dipetik ketika berucap pada majlis perasmian.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut memaklumkan, Cocoa Straits 1778 merancang untuk mewujudkan cawangan francaisnya di Kuala Lumpur bagi memudahkan lagi pembelian, selain meluaskan rangkaian produknya dengan memperkenalkan pelbagai perisa coklat yang baharu dan reka bentuk pembungkusan yang menarik.

"Syarikat juga akan terus berusaha mempromosikan jenama ini di peringkat global untuk membolehkan lebih ramai orang berpeluang menikmati keenakan coklat Cocoa Straits 1778 dan menghayati warisan serta budaya koko yang kaya di Malaysia," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, syarikat juga berhasrat untuk menjadi peneraju dalam pasaran global bagi jenama tulen yang mempunyai satu tempat pengeluaran, menghasilkan coklat mewah berkualiti tinggi, pembelian beretika dan kepakaran penghasilan.

"Bagi meningkatkan kesedaran produk dan mempromosikan jenama, Cocoa Straits 1778 merancang untuk melancarkan kempen promosi pada acara tertentu atau semasa musim perayaan untuk merangsang pembelian oleh pelanggan," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

TARA 10 bulan yang lalu

Tak Perlu Terbang Ke Langkawi Untuk Coklat, Shouq Shoppe Menanti Anda Di Putrajaya!

2

TARA 1 tahun yang lalu

5 Pilihan Coklat Premium Kacang Pistachio Royce’ Sempena Hari Bapa

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Kejayaan Saya Berkat Dicubit, Terima Kasih Cikgu - Dr Akmal Saleh

4

Selera 1 tahun yang lalu

Pengeluar Coklat Toblerone Tidak Lagi Guna Imej Puncak Gunung Matterhorn

Sorotan

1

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

2

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

3

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

4

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

5

Kemenangan Saravanan Bukti Beliau Diperlukan Semua Ahli - Arvind

Disyorkan untuk anda

Gaya 3 jam yang lalu

Pakaian Rasmi Sukan Olimpik Mengecewakan Rakyat Malaysia

oleh Rahayu MN

Selera 1 hari yang lalu

5 Makanan Indonesia Yang Selalu Dirindui Dan Mesti Cuba

Setiap kota atau daerah punya tarikan makanan yang berbeza, jadi anda mesti luangkan masa untuk acara makan-makan

oleh Rahayu MN