web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cari Burung Murai Cerek, Lelaki Putus Ibu Jari Ditetak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 1:40PM

Mangsa mengalami kecederaan parah selepas ditetak tiga lelaki dalam kejadian di Kampung Pauh Jabit, Tawang, Bachok, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Niat mahu mencari burung Murai Cerek yang hilang berakhir dengan tragedi buat Mohd Roslaidi Arifin, apabila dia parah ditetak tiga lelaki.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan (DSP) Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.35 petang.

Menurut beliau, mangsa yang berusia 42 tahun diserang dengan menggunakan pedang oleh tiga lelaki, termasuk dua individu dikenali.

“Serangan tersebut menyebabkan mangsa putus ibu jari sebelah kanan, luka di bahagian atas kepala, betis kanan dan lutut kiri.

“Siasatan ke atas rakannya mendapati, kejadian berpunca apabila mangsa ingin berbincang mengenai kecurian burung Murai Cerek miliknya dengan seorang lelaki, selepas haiwan itu didapati hilang dua hari lalu,” katanya kepada Getaran di sini hari ini.

Mohamad Ismail berkata, mangsa mencari lelaki tersebut di rumah milik seorang daripada suspek, tetapi dia tidak berada di lokasi berkenaan.

“Berang dengan keadaan itu, mangsa bertindak menggari seorang daripada suspek untuk dijadikan tebusan.

“Akibatnya, dia diserang dengan menggunakan golok dan pedang oleh kesemua suspek berkenaan,” katanya.

Susulan insiden jelas Mohamad Ismail, dia dikejarkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk menerima rawatan lanjut.

“Ketiga-tiga suspek telah dikenal pasti dan tangkapan akan dilakukan dalam masa terdekat dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya. - Getaran, 23 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut