web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guna Identiti Orang Lain Dapatkan Slot Vaksin, 4 Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 4:25PM

Suspek menggunakan MySejahtera yang didaftarkan atas nama individu lain. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Empat individu termasuk tiga warga asing ditahan, selepas disyaki terbabit menyalahgunakan identiti orang lain bagi mendapatkan slot vaksin COVID-19, Rabu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E. Sundra Rajan berkata, keempat-empat suspek termasuk seorang wanita itu ditahan dalam dua serbuan berasingan antara jam 2.30 petang hingga 7.30 malam hari sama.

Menurut beliau, tangkapan pertama dibuat ke atas wanita warga asing berusia 30 tahun, yang cuba mendapatkan slot suntikan kedua di sebuah klinik di Bandar Hilir.

“Semakan yang dilakukan polis di premis itu mendapati maklumat yang didaftarkan di MySejahtera adalah milik individu lain.

"Susulan kejadian, polis merampas satu kad vaksinasi didaftarkan atas nama suspek, pas Jabatan Imigresen Malaysia dipercayai palsu, salinan pasport tamat tempoh dan telefon bimbit," katanya.

Sundra Rajan berkata, polis yang menyerbu sebuah rumah berjaya menahan tiga lagi suspek pada jam 7.30 malam.

"Kesemua suspek kini direman lima hari sehingga 27 Ogos ini bagi membantu siasatan, untuk melihat jika perbuatan mereka itu didalangi sindiket tertentu.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu menggunakan identiti lain bagi tujuan pendaftaran vaksin COVID-19," katanya.

Getaran difahamkan, kesemua warga asing itu turut berdepan siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 dan Seksyen 15(1)(c) akta sama.

"Setakat ini pihak kami menerima dua laporan polis mengenai insiden seakan sama, melibatkan penggunaan maklumat pengenalan diri yang digunakan pihak ketiga untuk mendapatkan slot vaksin menerusi aplikasi MySejahtera. – Getaran, 23 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad