web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Pembangkang Dalam Kabinet - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2021 6:22PM

Ismail Sabri akan mengumumkan barisan kabinetnya minggu ini. - Gambar oleh Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

YAN - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata barisan Kabinet di bawah pentadbirannya akan diumum dalam minggu ini.

Beliau berkata senarai nama itu akan disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mendapat perkenan Seri Paduka terlebih dahulu.

Ismail Sabri berkata Kabinet tersebut bukanlah kerajaan perpaduan yang turut melibatkan wakil rakyat pembangkang.

“Kerjasama dengan mereka (pembangkang) bukan bermakna mereka akan ada dalam kabinet, tetapi mereka boleh memainkan peranan dengan menyalurkan idea mereka menerusi Jawatankuasa Khas  Menangani COVID-19 dan Majlis Pemulihan Negara (MPN)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau kawasan terjejas banjir susulan kejadian kepala air dari Gunung Jerai di sini hari ini, yang turut disertai Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor.

Ismail Sabri turut mempelawa Ahli Parlimen pembangkang untuk bersama-sama berbincang dengan kerajaan bagi membantu menyelesaikan isu COVID-19 dan juga ekonomi negara yang terjejas ekoran pandemik itu.

Dalam ucapan sulung sebagai perdana menteri semalam, beliau menawarkan ruang kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai MPN dan Jawatankuasa Khas Menangani COVID-19.

Mengulas mengenai pelbagai berita yang tular tentang senarai nama jemaah menteri, Ismail Sabri meminta orang ramai supaya tidak mempercayainya kerana ia adalah palsu.

“Jangan percaya, banyak sangat keluar nama-nama menteri … setiap hari ada senarai baharu.

“Tetapi bagus juga kerana ia boleh membantu saya untuk melihatnya,” katanya secara berseloroh.

Menyentuh cadangan supaya Timbalan Perdana Menteri dilantik dalam kalangan wakil rakyat Sabah dan Sarawak, Ismail Sabri berkata beliau bersedia mempertimbangkan cadangan itu dengan mengambil kira kepentingan semua pihak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Kami Tetap Teguh Walau Dikritik’ - Anwar

3

Politik 4 bulan yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut