web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Acryl Sani, Soh Chin Ann, Antara Penerima Darjah Kebesaran Melaka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 7:57AM

Acryl Sani Abdullah Sani - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani mendahului senarai 695 penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Ke-72 Yang Dipertua Negeri Melak, Tun Mohd Ali Mohd Rustam hari ini.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan Acryl Sani menerima anugerah Darjah Gemilang Seri Melaka (DGSM) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Menurut kenyataan itu, turut menerima anugerah sama adalah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Selain itu, seramai 14 individu menerima anugerah Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira antaranya Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Dr Noor Zari Hamat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara Datuk Md Rawi Mahmud, ADUN Sungai Rambai Datuk Hasan Abd Rahman dan lagenda bola sepak negara Datuk Soh Chin Ann.

Tiga individu pula dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk iaitu Hakim Mahkamah Rayuan Darryl Goon Siew Chye, Hakim Mahkamah Tinggi Melaka Anselm Charles Fernandis dan Pengarah Eksekutif Perodua Auto Corp Kazuyoshi Nagata.

Penerima-penerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk, antaranya ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka Abd Aziz Engan, Ketua Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Negeri Melaka Shamsudin Sharif, Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kerajaan Unit Dewan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Melaka Haelmy Mohd Hanifah dan Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Mustafa Musa.

Selain itu, kerajaan Negeri Melaka turut menganugerahkan Bintang Cemerlang Melaka kepada pemain badminton negara Aaron Chia Teng Fong dan Naib Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia, Ahmad Janius Abdullah.

Menurut kenyataan itu Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka akan diadakan selepas Melaka melangkah ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara.

"Kerajaan negeri turut mengambil kira faktor keselamatan dan kesihatan umum serta untuk melindungi nyawa rakyat demi mengelakkan krisis kesihatan yang lebih teruk," menurut kenyataan itu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad