web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Fasa 3 PPN, Pengusaha Teksi Lega

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 8:48AM

Pengusaha teksi di Labuan menyambut baik peralihan Fasa 3, PPN, kerana mereka boleh beroperasi semula selepas terjejas teruk ketika pelaksanaan PKP lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Seramai 78 pengusaha teksi di wilayah ini menarik nafas lega susulan peralihan ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang membolehkan mereka kembali beroperasi seperti biasa.

Pengerusi Persatuan Teksi Labuan,  berkata, majoriti ahlinya hilang sumber pendapatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac tahun lalu.

Sebagai akibat, jelas beliau, ramai pengusaha terpaksa beralih ke bidang lain demi meneruskan kelangsungan hidup

“Sekarang ini, hanya 78 pengusaha teksi yang masih cuba bertahan, dan peralihan ke Fasa 3 bagaikan memberi nafas baharu kepada kami," katanya kepada Getaran, di sini hari ini.

Mohd Ismail Adul Rahman
Mohd Ismail Adul Rahman

Mohd Ismail berkata, kebenaran untuk semua sektor ekonomi kembali beroperasi membolehkan permintaan terhadap perkhidmatan teksi kembali meningkat.

“Kami harap momentum ini berkekalan, dan semakin meningkat, serentak dengan kebenaran merentas daerah atau negeri untuk individu yang telah melengkapkan dos vaksin masing-masing," katanya.

Ketiadaan pelancong juga tambahnya, antara faktor pendapatan diterima menurun dengan mendadak, justeru kebenaran untuk sektor pelancongan beroperasi diyakini mampu mengatasi masalah ini.

“Permintaan penumpang tempatan terhadap teksi amat kurang kerana pandemik COVID-19, apatah lagi kami turut berdepan saingan perkhidmatan e-hailing.

“Kami sebagai pengusaha teksi mengharapkan agar kemasukan pelancong ke pulau ini kembali rancak dan permintaan pelanggan pulih seperti biasa," katanya. - Getaran, 24 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad