web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Tidak Boleh Hadiri Perbicaraan, Masuk Hospital Akibat Sakit Belakang - Peguam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 3:13PM

Hisyam Teh Poh Teik (tengah) memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya mengalami kecederaan akibat terjatuh. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak boleh menghadiri perbicaraan kes rasuahnya yang melibatkan dana Yayasan Akalbudi hari ini setelah dimasukkan di hospital kerana sakit belakang.

Peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid memaklumkan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bahawa surat daripada pakar hospital menyatakan anak guamnya mengalami kecederaan akibat terjatuh.

“Kami ada surat bertarikh 23 Ogos 2021 yang menjelaskan kepada Yang Arif sebab tertuduh tidak dapat hadir.

“Surat itu juga menyatakan bahawa kerana sakit belakang yang teruk itu, beliau (Ahmad Zahid) tidak boleh duduk lama. Beliau dimasukkan ke hospital swasta di Shah Alam pada Ahad lepas (22 Ogos),” kata peguam itu.

Beliau berkata Ahmad Zahid dijadualkan menjalani prosedur perubatan pada 8 pagi tadi.

“Bagi pihak pembelaan, kami sedia untuk meneruskan perbicaraan. Kami tidak mahu dikatakan melengahkan kes ini," katanya.

Mahkamah sepatutnya mendengar penghujahan pada akhir kes pendakwaan hari ini oleh kedua-dua pihak.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan sudah bersedia untuk berhujah hari ini kerana kes itu telah ditangguhkan beberapa kali.

“Kami menyerahkan kepada mahkamah untuk memutuskan sama ada kes ini dapat dijalankan secara dalam talian atau diteruskan tanpa kehadiran tertuduh. Perkara itu penting untuk dipertimbangkan, Kami tidak mahu mahkamah dilihat menafikan haknya untuk didengar,” katanya.

Pada 19 Mac, pihak pendakwaan menutup kesnya setelah memanggil 99 saksi.

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan - 12 atas membabitkan pecah amanah, lapan kes rasuah dan 27 kes pengubahan wang haram - melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut