web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ditahan Secara Tidak Sah, Mahkamah Arah Warga Iran Dibebaskan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 4:49PM

Peguam Mohammadhossein Samadi, Alex (dua dari kanan) dan Yap (kanan) bercakap kepada media mengenai keputusan kes selepas prosiding di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengarahkan lelaki warga Iran, Mohammadhossein Samadi, dibebaskan selepas mendapati dia ditahan Jabatan Imigresen secara tidak sah.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam keputusan berhubung permohonan habeas corpus difailkan Mohammadhossein berkata, Jabatan Imigresen gagal mendapatkan perintah reman daripada Majistret dalam tempoh 14 hari selepas dia ditahan selama 152 hari sejak 27 Mac lalu.

"Perkara itu adalah mandatori di bawah Perlembagaan Persekutuan dan Akta Imigresen," hujahnya.

Peguam bela Mohammadhossein, Alex Anton Netto berkata, pihaknya akan berusaha supaya Mohammadhossein dapat dibebaskan segera susulan keputusan mahkamah itu.

"Kebimbangan kami adalah apabila mendapat tahu dia ditahan Jabatan Imigresen, pasport dan visanya dibatalkan jabatan berkenaan,

“Masalah timbul kerana ketika Mohammadhossein ditahan, kedua-dua dokumen itu masih dalam tempoh yang sah. Justeru, berdasarkan keputusan mahkamah, dia mesti dibebaskan secepat mungkin. Kami akan berusaha supaya anak guam kami dapat dibebaskan hari ini," katanya kepada media di sini.

Selain Alex, Mohammadhossein diwakili Kevin De Rozario, dan Yap Boon Jhoe.

Terdahulu, isteri Mohammadhossein, Ginny Lim, dilihat menangis teresak-esak di galeri awam selepas keputusan dibacakan dan terpaksa ditenangkan peguam suaminya.

Ketika ditemui media usai prosiding kes, wanita itu menganggap keputusan berkenaan sebagai ‘hadiah istimewa’ buat keluarganya selepas mereka ‘terpisah’ selama beberapa bulan.

“Saya tidak sabar menanti kepulangan suami ke pangkuan keluarga dan bertemu dua anak kami yang asyik bertanya di mana ayah mereka sejak lima bulan lalu.

“Jika ditanya perasaan saya, awak (media) boleh nampak jelas daripada mata saya yang bengkak kerana tangisan gembira,” katanya.

Sementara itu, kumpulan pejuang hak asasi untuk Mohammadhossein, Family Frontiers menyifatkan keputusan berkenaan membolehkan keluarga lelaki terbabit kembali bersatu, sekali gus mengelakkan kemungkinan untuk hubungan itu terlerai, yang pasti akan memberi kesan, khususnya ke atas kedua anak mereka.

Pengurus Program yang juga jurucakap Foreign Spouses Support Group (FSSG), Bina Ramanand, berkata keputusan itu juga menunjukkan Mahkamah Tinggi sudah menghentikan trauma dan ketidakpastian di fikiran serta hati keluarga terbabit selama beberapa bulan lalu.

“Seperti termaktub di bawah Artikel 6 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia, hak untuk hidup, kebebasan dan keamanan adalah hak asasi manusia. Ini melindungi kebebasan seseorang daripada penahanan (yang) tidak masuk akal,” katanya.

Pada 25 Mac lalu, Mohammadhossein ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dan mengaku bersalah di atas kesalahan itu.

Bagi kesalahan itu, dia dikenakan hukuman penjara dua hari dan denda RM10,000, yang sudah diselesaikan sepenuhnya.

Mohammadhossein bagaimanapun dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Kuala Kubu Baru pada 27 Mac lalu dan ditahan sekali lagi Jabatan Imigresen pada hari terbabit mengikut Seksyen 35 Akta Imigresen 1959/63.

Susulan penahanan itu, Mohammadhossein dihantar ke depoh tahanan di Sungai Bakap, Pulau Pinang sebelum ditempatkan di Bukit Jalil. – Getaran, 24 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad