web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Insiden Tembakan TUDM Disiasat Bawah Seksyen 302 - Pesuruhjaya Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 5:08PM

Gambar fail adalah Nur Atiqah Nurul Supyie, balu Allahyarham Koperal Udara (KPL U) Mohammad Ehsan Sehamat yang merupakan salah seorang mangsa insiden tembakan di Balai Pengawal (HANDAU) Kem TUDM di Kota Samarahan pada 13 Ogos lalu. - Gambar fail Bernama

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Siasatan ke atas tragedi tembakan membabitkan empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Kota Samarahan 13 Ogos lalu akan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, bedah siasat ke atas kesemua mayat mangsa telah selesai dijalankan, sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk proses pengebumian.

Menurut beliau, beberapa sampel barang kes termasuk Asid Deoksiribonukleik (DNA), senjata api dan kelongsong peluru juga telah dihantar ke Jabatan Kimia serta Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk analisa saintifik. 

"Polis juga sedang menunggu laporan penuh bedah siasat daripada pakar patologi. 

“Telefon bimbit milik mangsa juga telah dihantar ke Forensik PDRM untuk analisa bagi mengenalpasti punca dan motif kejadian ini," katanya hari ini.

Aidi Ismail
Aidi Ismail

Aidi berkata, kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya selepas semua proses berkaitan selesai dilakukan.

Empat anggota TUDM maut dalam kejadian jam 7.50 pagi di Balai Pengawal Handau Skuadron 330 TUDM itu.

Difahamkan, seorang daripada anggota terbabit melepaskan tembakan ke arah tiga rakan setugas, sebelum bertindak menembak dirinya sendiri.

Tiga mangsa termasuk penembak maut di lokasi kejadian, manakala mangsa keempat meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Jantung Kota Samarahan. – Getaran, 24 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad