web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Tinggi Keluarkan Sapina Kepada Doktor Pakar, Jelaskan Kesihatan Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2021 5:15PM

Ahmad Zahid berhadapan 47 pertuduhan melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membuat keputusan menyapina seorang doktor pakar daripada sebuah hospital swasta untuk menjelaskan di mahkamah keadaan kesihatan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana tertuduh tidak hadir dalam pendengaran kes rasuahnya hari ini.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan sapina akan dikeluarkan kepada Dr Mohd Shahir Anuar daripada Hospital Pakar Avisena di Shah Alam untuk menjelaskan prosedur yang akan dilakukan ke atas Ahmad Zahid juga tempoh yang diperlukan bagi tertuduh pulih sepenuhnya.

“Mahkamah tidak boleh membenarkan lagi sebarang penangguhan. Mahkamah akan memanggil doktor berkenaan untuk menjelaskan keadaan kesihatan tertuduh dan prosedur yang akan dilakukan ke atasnya,” kata beliau.

Sequerah berkata beliau mahukan tertuduh berada di mahkamah untuk pendengaran bagi mengelakkan keadaan yang mengakibatkan perbicaraan silap dan juga mengarahkan doktor berkenaan hadir ke mahkamah untuk menjelaskan keadaan kesihatan Ahmad Zahid pukul 3.30 petang esok.

“Kami tidak boleh lagi membenarkan sebarang penangguhan kerana tarikh lepas yang ditetapkan disebabkan kebimbangan terhadap COVID-19, kontak rapat peguam dan itu telah mengambil sebahagian besar daripada masa kami.

“Saya sudah bersedia untuk memulakan pendengaran hari ini tetapi malangnya tertuduh perlu menjalani satu prosedur ... mungkin kami boleh mendengar sendiri daripada doktor berkenaan,” kata Sequerah.

Mahkamah sepatutnya mendengar hujahan di akhir kes pendakwaan daripada kedua-dua pihak hari ini.

Terdahulu, peguam Ahmad Zahid, Hamidi Mohd Noh memaklumkan kepada Sequerah bahawa beliau telah menghubungi doktor berkenaan dan diberitahu pengamal perubatan itu tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran mengesahkan beliau telah menerima surat daripada pihak pembelaan mengenai ketidakhadiran tertuduh.

“Kebimbangan utama kami ialah tertuduh tidak hadir dan surat itu tidak menyatakan bahawa tertuduh setuju supaya kes itu diteruskan tanpa kehadirannya.

“Itu adalah faktor penting untuk difikirkan kerana kami tidak mahu mahkamah dilihat sebagai menafikan haknya untuk didengar di mahkamah,” katanya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 6 September ini untuk hujahan di akhir kes pendakwaan.

Pada 19 Mac lepas, pihak pendakwaan mengakhiri kes itu dengan memanggil 99 saksi untuk memberi keterangan.

Ahmad Zahid, 68, berhadapan 47 pertuduhan - 12 pertuduhan pecah amanah, lapan mengenai rasuah dan 27 pengubahan wang haram - melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad