web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pamer Politik Matang, ADUN Perak Diberi Ingatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 11:38AM

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mengingatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri ini supaya mempamerkan semangat politik matang beraras tinggi.

Semua ahli politik titah baginda, perlu saling bekerjasama, menghormati dan membantu segala usaha yang dilaksanakan kerajaan negeri demi kepentingan semua pihak.

Sultan Nazrin bertitah, kesemua ADUN juga perlu berusaha memupuk semangat perpaduan dan semangat kewarganegaraan antara rakyat berbilang kaum yang menganut pelbagai agama, termasuk mengamalkan kepelbagaian budaya dan menguasai pelbagai bahasa.

Baginda bertitah, hasrat untuk kerajaan negeri merintis jalan meminimumkan perselisihan politik demi kepentingan rakyat, agenda kemakmuran ekonomi, agenda pembangunan negeri dan agenda kesejahteraan sosial sudah dizahirkan pada istiadat pelantikan Menteri Besar Perak akhir tahun lalu.

“Menyahut titah tersebut, Yang Amat Berhormat Menteri Besar ketika membentangkan belanjawan 2021, telah mengumumkan peruntukan saksama untuk kesemua 59 orang ADUN tanpa sebarang diskriminasi sama ada dari parti pembangkang atau parti pemerintah

“Semua ahli Dewan juga dijemput hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah, Jawatankuasa Kumpulan Fokus Daerah dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah, langkah tersebut memungkinkan semua ahli Dewan mengambil bahagian secara langsung dan membina, untuk mencari formula memenuhi keperluan rakyat secara lebih berkesan serta bermakna.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Ke-14 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Sultan Nazrin bertitah, langkah yang dirintis oleh Menteri Besar merupakan langkah berani dalam memperkenalkan budaya baharu dalam pentadbiran negeri.

Titah baginda, langkah itu mungkin satu permulaan yang kecil, tetapi jika terus disuburkan, berpotensi membantu melonjakkan budaya politik baharu aras tinggi yang kurang berkonfrontasi.

Sementara itu, Sultan Nazrin bertitah, Mesyuarat Pertama Tahun Keempat, Dewan Negeri Perak Ke-14 akhirnya dapat dilangsungkan selepas ditangguhkan disebabkan Proklamasi Darurat bermula 11 Januari sehingga 1 Ogos 2021.

“Dalam negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, dewan negeri sebagai sebuah badan perundangan berperanan penting untuk mengukuhkan amalan demokrasi, juga untuk mengimbangi peranan cabang eksekutif, terutama dalam menyemak, membahaskan dan meluluskan perbelanjaan negeri.

“Dewan ini juga merupakan tempat yang membolehkan rintihan rakyat didengari melalui suara ahli-ahli dewan yang telah dipilih dan mendapat mandat rakyat semasa berlangsungnya pilihan raya,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah, virus COVID-19 mencetuskan medan tempur baharu, menyebabkan kehidupan alam kini menghadapi serangan musuh biologi malah virus berkenaan akan terus berada dalam kalangan dan persekitaran kehidupan alam.

Titah baginda, virus berkenaan masih muda dan baharu, namun telah menunjukkan daya lawan dan tahan tersendiri, malah berkeupayaan bermutasi serta menghasilkan pelbagai varian baharu untuk mengatasi vaksin ciptaan manusia.

“Vaksinasi merupakan inisiatif pencegahan. Imunisasi merupakan perisai pertahanan untuk meningkatkan daya imuniti. Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan merupakan langkah semasa dilaksanakan secara besar-besaran untuk meningkatkan daya tahan rakyat menghadapi ancaman virus.

“Kerajaan Beta sedang mengusahakan inisiatif untuk mencapai kadar imunisasi kelompok dengan mempercepatkan program vaksinasi.

“Program pemberian vaksin juga dipertingkatkan dan ditambah baik melalui program jangkauan, menggerakkan pasukan khas ke lokasi pedalaman, mendekati dan menyantuni masyarakat di luar bandar dan masyarakat Orang Asli,” titah baginda.

Mesyuarat Pertama Tahun Keempat Dewan Negeri Perak Ke-14 itu akan berlangsung selama empat hari sehingga Isnin, dengan mengguna pakai konsep gelembung. - Getaran, 25 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

2

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad