web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dera Anak, Wanita, Kekasih, Mengaku Bersalah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 5:30PM

Kedua-dua tertuduh dibawa keluar mahkamah selepas membuat pengakuan bersalah.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang ibu dua anak dan teman lelakinya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, di sini, hari ini, kerana mencederakan anak kandungnya dalam kejadian dua minggu lalu.

Tertuduh, Tan Meei Yun, 30, dan Chua Wai Hon, 38, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan.

Bagaimanapun, hukuman ke atas keduanya ditangguhkan sementara menunggu fakta kes.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersama-sama mendedahkan mangsa yang juga anak kandungnya berusia 5 tahun kepada bahaya, sehingga menyebabkan kecederaan terhadap kanak-kanak perempuan itu.

Perbuatan tersebut dilakukan tertuduh di sebuah rumah di Bandar Hilir, kira-kira jam 11.30 pagi pada 14 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Wahidah Mohamad.

 Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam turut merayu agar jumlah jaminan dikurangkan kerana masing-masing tidak bekerja.

Hakim kemudian membenarkan mereka diikat jamin RM5,000 seorang dan menjatuhkan larangan untuk kedua-duanya mendekati mangsa.

Mahkamah turut menetapkan 29 September depan tarikh untuk mendengar fakta dan menjatuhkan hukuman ke atas keduanya.

Getaran sebelum ini melaporkan, seorang wanita dan teman lelakinya ditahan polis selepas disyaki mendera kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, dalam kejadian di Bandar Hilir, di sini.

Kedua-dua mereka yang berusia 30 dan 38 tahun ditahan di dua lokasi berbeza antara jam 12.15 hingga 12.45 tengah malam. - Getaran, 25 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 3 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad