web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19, Sakaran Dandai Dirawat Di ICU

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 6:27PM

Tun Sakaran Mohd Hashim Dandai

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Tokoh pemimpin Sabah, Tun Sakaran Mohd Hashim Dandai dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Gleneagles Kota Kinabalu, di sini, semalam, akibat jangkitan COVID-19.

Mengesahkan perkara itu, anaknya Datuk Seri Nasir Sakaran berkata, ayahnya terlebih dahulu mengunjungi pusat perubatan berkenaan Rabu lalu bagi mendapatkan rawatan, selepas berasa tidak sihat.

“Ujian saringan COVID-19 bagaimanapun menunjukkan beliau positif, menyebabkan beliau terus dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, hanya semalam ayah dirawat di ICU bagi membolehkan pemantauan rapi dilakukan,” katanya.

Menurut Nasir, ayahnya berada dalam keadaan baik  dan boleh makan seperti biasa.

“Saya sempat melakukan panggilan video bersama ayah pagi tadi.

“Ayah memohon orang ramai mendoakan kesihatannya agar tertambah baik,” katanya.

Nasir turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan ayahnya.

Sakaran pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-8 pada tahun 1994 sebelum dilantik menjadi Yang Dipertua Negeri Ke-8 setahun kemudian.

Beliau merupakan bapa saudara kepada Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. - Getaran, 25 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad