web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid ‘Mungkin Boleh’ Hadiri Prosiding Mahkamah Pada 6 September - Doktor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 6:38PM

Dr Mohd Shahir (kiri), yang merawat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Mahkamah Tinggi hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Doktor pakar sebuah hospital swasta hari ini memaklumkan Mahkamah Tinggi di sini bahawa pesakitnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘mungkin’ boleh menghadiri prosiding kes rasuahnya membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang ditetapkan pada 6 September ini.

Dr Mohd Shahir Anuar dari Avisena Specialist Hospital di Shah Alam, yang merawat Presiden UMNO itu, berkata demikian ketika menjawab soalan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mendengar kes Ahmad Zahid, juga bekas Timbalan Perdana Menteri.

Justice Sequerah: Pada pandangan Doktor, adakah pesakit dalam keadaan ini boleh hadir ke mahkamah pada 6 September. Beliau perlu duduk di dalam mahkamah sepanjang prosiding kes ini tetapi beliau juga dibenarkan berehat.

Dr Mohd Shahir: Mungkin boleh, tetapi tidak boleh lebih 40 minit. Beliau tidak boleh duduk terlalu lama, beliau harus melakukan beberapa latihan peregangan.

Semalam, mahkamah itu dijadualkan mendengar hujah di akhir kes pendakwaan namun prosiding tersebut terpaksa ditangguhkan apabila Ahmad Zahid dimasukkan ke hospital pada Ahad susulan kecederaan yang dialaminya selepas terjatuh.

Susulan itu, Sequerah telah mengeluarkan sepina kepada doktor itu untuk hadir ke mahkamah bagi menjelaskan keadaan kesihatan Ahmad Zahid dan prosedur yang perlu dijalaninya serta menentukan tempoh pemulihan.

Pada prosiding hari ini, Dr Mohd Shahir berkata Ahmad Zahid telah memaklumkan bahawa beliau terjatuh ketika berada di tandas Rabu lepas sejurus selepas solat Asar serta mengalami kesakitan di bahagian leher dan toraks.

“Beliau tidak mengalami kepatahan tulang belakang. Semalam beliau menjalani prosedur intervensi kesakitan bagi mengurangkan sakit belakang akibat cakera teranjak yang dialaminya,” katanya.

Ketika ditanya tempoh yang akan diambil oleh Ahmad Zahid untuk berjalan seperti biasa, Dr Mohd Shahir berkata “beliau boleh berjalan seperti biasa tetapi tidak boleh duduk terlalu lama.”

Justice Sequerah: Jadi berapa lama beliau boleh duduk?

Dr Mohd Shahir: Biasanya, bagi setiap 30 hingga 45 minit, beliau perlu bangun dan melakukan latihan peregangan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

TPM Ziarah Jenazah Rozaid Abdul Rahman

2

Politik 3 bulan yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

3

Politik 3 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Sukan 4 bulan yang lalu

E-Sukan Negara Terima Sokongan Kerajaan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad