web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Keseronokan Bertukar Tragedi, Kanak-Kanak Lemas Di Sungai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 8:58PM

Anggota Bomba dan Penyelamat menjalankan operasi mencari mangsa.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAWAS - Keseronokan sekeluarga mandi sungai di Kampung Siang-Siang Laut, di sini, bertukar tragedi selepas seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun lemas petang semalam.

Ketua Polis Daerah Lawas, Deputi Superintendan (DSP) Sila Kadong berkata, mangsa, Mohamad Adrian Muzaffar Mohd Mazlan sedang mandi di sungai berkenaan bersama kakak dan dua sepupunya, dalam kejadian jam 5 petang itu.

Menurut beliau, ibu mangsa, Rafidah Tuah yang sedang berjalan pulang ke rumah terdengar jeritan kakak mangsa yang memberitahu, adiknya tenggelam selepas dihanyutkan arus.

“Ibu mangsa pada awalnya turut bermandi-manda bersama mereka, namun memutuskan untuk pulang, selepas beberapa lama.

“Selepas kejadian, penduduk kampung dan keluarga cuba mengesan kanak-kanak itu sehingga sejauh satu kilometer dari tempat kejadian tetapi gagal,” katanya kepada Getaran hari ini.

Anggota Bomba dan Penyelamat menjalankan operasi mencari mangsa.
Anggota Bomba dan Penyelamat menjalankan operasi mencari mangsa.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas, Zaki Husin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 5.20 petang.

“Sepasukan Bomba, dengan kekuatan enam anggota bergerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan serta melancarkan usaha pencarian.

“Operasi mencari yang dimulakan pada jam 5.50 petang bagaimanapun gagal mengesan mangsa, akibat faktor keselamatan, termasuk keadaan sekitar yang gelap dan arus sungai,” katanya.

Operasi akan diteruskan sehingga mayat mangsa berjaya ditemui. - Getaran, 25 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad