web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Harga Telur Ayam Stabil Di Pasaran

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 7:31AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Harga purata runcit telur ayam berada pada kedudukan stabil dengan harga semasa bagi gred A adalah 44 sen, gred B (40 sen) dan gred C (36 sen).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam kenyataan hari ini berkata harga runcit telur ayam yang dijual dalam kuantiti 30 biji lebih menjimatkan berbanding dalam kuantiti 10 biji.

Ia adalah hasil pemantauan KPDNHEP melalui pelaksanaan OPS PASAR (telur ayam) sejak 2 Ogos melibatkan pemeriksaan terhadap 136 premis iaitu 41 premis pengeluar telur dan 95 premis pemborong.

“Berdasarkan syarikat yang diperiksa, anggaran pengeluaran telur ayam dalam sehari adalah sejumlah 34 juta dan ia mampu menampung keperluan harian rakyat dengan anggaran penggunaan berjumlah 34 juta biji sehari,” menurut kenyataan itu.

Kementerian itu berkata sejumlah 136 Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) telah dikeluarkan kepada pengeluar dan pemborong bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan peningkatan harga yang berlaku di peringkat peruncit. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Harga Beras Putih Import Turun Antara RM2 Ke RM3 Berkuat Kuasa Hari Ini - KPKM

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Stabil - Mohamad

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Hasil Padi Dijangka Kurang Memberangsangkan Akibat Cuaca

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Gred Tunggal Beras Putih: Kerajaan Belum Buat Keputusan - Menteri

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut