web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KKM Urus Vaksin, MOSTI Fokus Aspek R&D - Perdana Menteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Aug 2021 3:49PM

Pengurusan vaksin kini tidak lagi membabitkan campur tangan MOSTI dan JKJAV - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Proses pengurusan vaksin selepas ini hanya akan dikendalikan Kementerian Kesihatan dan tanpa campur tangan pihak lain seperti sebelumnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu sudah dimaklumkan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dan Ketua Setiausaha (KSU) kementerian berkaitan. 

Serentak dengan itu, pengurusan vaksin tidak lagi membabitkan campur tangan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

MOSTI sebaliknya, jelas Perdana Menteri, akan menumpukan kepada aspek pembangunan dan penyelidikan (R&D) vaksin yang merupakan aspek paling kritikal ketika ini.

“Seperti yang saya cakap sebelum ini, COVID-19 akan menjadi endemik seperti denggi dan penyakit lain, jadi keperluan untuk menghasilkan vaksin sendiri adalah sangat penting bagi memastikan bekalan vaksin untuk rakyat kita sentiasa ada," katanya. 

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyaksikan Eksesais Para Predator Siri 1 Briged 10 Para Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Batu Bor, dekat sini, hari ini. 

Eksesais selama 14 hari itu melibatkan kira-kira 1,900 pegawai dan anggota bersama 150 aset logistik.

Turut hadir Panglima ATM, Tan Sri Affendi Buang, Panglima Tentera Darat, Tan Sri Zamrose Mohd Zain dan KSU Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz. 

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai cadangan mewajibkan pengambilan suntikan vaksin dalam kalangan penjawat awam, Perdana Menteri berkata, perkara itu belum lagi diputuskan dan setakat ini belum ada keperluan untuk mewajibkan suntikan vaksin kepada golongan terbabit. 

"Tapi, kalau masih ramai (penjawat awam) belum mengambil vaksin, kita perlu lebih tegas dan mungkin mewajibkan pengambilan vaksin kerana ini adalah untuk memastikan keselamatan bukan sahaja penjawat awam itu sendiri, tetapi juga orang ramai," katanya. 

Dalam pada itu, Ismail Sabri memaklumkan, semua pemilik kilang sudah diberitahu supaya membuka pusat pemberian vaksin (PPV) di kawasan premis masing-masing. 

"Perkara ini adalah antara kaedah yang boleh dipertimbangkan selepas kita melihat apa berlaku di PPV (Stadium Nasional) Bukit Jalil baru-baru ini. 

"Kalau semua kilang boleh dijadikan PPV, tidak perlulah pekerja asing ini keluar bersesak-sesak mendapatkan vaksin di luar dan selain itu kita juga mencadangkan kilang membeli sendiri vaksin kerana apabila 80 peratus pekerja mereka sudah lengkap dua dos, kilang itu boleh dibenarkan beroperasi," katanya. 

Dalam perkembangan lain beliau berkata, kajian sedang dilakukan bagi menyediakan pencen secara prorata kepada semua pegawai dan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang sudah menamatkan perkhidmatan mereka. 

"Perkara ini masih dalam peringkat kajian dan kita harap dapat menawarkan skim pencen bersesuaian kepada pegawai serta anggota yang tidak lagi berkhidmat. 

"Buat masa ini, kebajikan bekas pegawai dan anggota ATM diuruskan Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEVATM), dan melalui skim sebelum ini, mereka tidak akan menerima pencen jika menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh ditetapkan,” katanya. – Getaran, 28 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Mpox: KKM Tingkat Survelan Di Pintu Masuk Negara

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut