web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kurang Bekalan Vaksin, Tolong Berlaku Adil Pada Sabah - Teck Lee

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2021 10:40AM

Gambar hiasann

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) digesa berlaku adil kepada rakyat Sabah ekoran isu kekurangan vaksin yang dihadapi penduduk negeri di bawah bayu itu.

Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee berkata, kehabisan bekalan vaksin Pfizer dos kedua yang seharusnya diberikan kepada rakyat Sabah sejak semalam, mengundang kemarahan penduduk.

Beliau turut memuat naik satu gambar  di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Persidangan Antarabangsa Sabah yang kelihatan kosong selepas kehabisan bekalan vaksin.

“Gambar ini penuh dengan seribu makna. Jika dulu Pusat Persidangan Antarabangsa Sabah ini penuh dengan orang menerima vaksin sehingga berbaris sepanjang jalan dari luar, tetapi sekarang kosong.

“Sabah berhak mendapat rawatan yang lebih baik daripada pihak berkuasa Persekutuan,” kongsi Teck Lee menerusi ciapan di Twitter.

Semalam, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin dalam satu kenyataan turut menggesa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menangani dengan segera masalah pemberian vaksin yang tidak konsisten dan kekurangan bekalan sumber kesihatan di negeri itu.

Foong Hin berkata, Khairy perlu kekal bertanggungjawab ke atas proses vaksinasi, susulan keputusan kerajaan meletakkan Program Imunisasi Kebangsaan COVID-19 (PICK) di bawah seliaan KKM.

Khairy sebelum ini turut bertanggungjawab ke atas bekalan vaksin serta koordinasi program imunisasi ketika menerajui Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. - Getaran, 29 Ogos 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad