web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pusat Pengajian Islam Oxford Beri Penghormatan Kepada Tun Ahmad Sarji

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Aug 2021 6:33PM

Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pusat Pengajian Islam Oxford di United Kingdom memberikan penghormatan kepada Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, bekas Ketua Setiausaha Negara yang meninggal dunia semalam pada usia 82 tahun.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kepada Bernama, Pengarahnya Dr Farhan Nizami berkata Ahmad Sarji akan sentiasa diingati atas galakan dan sokongannya terhadap hasil karya pusat itu.

“Kami bertuah kerana mendapat khidmat Tun sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah selama lebih dua dekad.

“Allahyarham berkhidmat dengan penuh cemerlang dan komitmen yang tinggi malah setiap nasihat bernasnya akan sentiasa dirindui,” katanya sambil menambah pusat itu terkejut dan berduka ketika mendengar berita mengenai pemergian Ahmad Sarji.

Pusat Pengajian Islam Oxford ditubuhkan pada 1985 untuk mempromosi pelbagai budaya dan peradaban serta penyelidikan yang menangani keperluan masyarakat Islam kontemporari.

Pusat itu beroperasi di bawah naungan Putera Wales dan dianugerah Piagam Diraja oleh Ratu Elizabeth II pada 2012.

Ia menyediakan kemudahan serta tempat pertemuan di Oxford untuk golongan terpelajar dari seluruh dunia dan mempromosi dialog antara budaya serta tradisi akademik yang berbeza.

Felow di pusat itu yang juga pensyarah pengajian Islam di Fakulti Teologi di Universiti Oxford Datuk Dr Afifi al-Akiti pula berkata sikap berkecuali dan berhemah Tun Ahmad Sarji dalam politik harus dicontohi generasi sekarang terutama penjawat awam.

Beliau berkata ketegasan Ahmad Sarji dalam menjalankan tugas sebagai Ketua Setiausaha Negara telah menjadikannya seorang tokoh yang dihormati dalam kalangan penjawat awam dan ahli politik.

“Berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya bekerja dengan beliau, Tun adalah seorang suri teladan dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik,” katanya kepada Astro AWANI dalam satu temu bual dari Oxford. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 6 bulan yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Keputusan UK, Ireland Tuan Rumah Euro 2028 Diumum Secara Rasmi Selasa 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Buli Pelatih TUDM: Polis Ambil Lebih 10 Keterangan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut