web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buli Pelatih TUDM: Polis Ambil Lebih 10 Keterangan

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 12:37PM

Ramli Mohamed Yoosuf - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Polis merekodkan lebih 10 keterangan dalam siasatan berhubung dakwaan buli melibatkan pelatih Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Pangkalan Udara Kuantan di sini, baru-baru ini. 

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata ia termasuk lima pelatih yang mendakwa menjadi mangsa, selain enam pelatih yang didakwa melakukan perbuatan itu. 

"Mereka dipanggil memberi keterangan sebaik sahaja pihak kami menerima laporan. Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan siasatan masih berjalan dengan semua pihak termasuk TUDM memberikan kerjasama yang baik. 

"Kami sedang mengumpulkan sebanyak mana saksi termasuk penyelia pelatih terlibat untuk melengkapkan siasatan, sebelum kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Khas Sempena Pertukaran Ketua Polis Pahang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini. 

Ramli yang menerajui polis Pahang sejak Jun 2021 dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JKSK) Bukit Aman mulai bulan ini dan tempat beliau diisi Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Yahaya Othman. 

Sebelum ini, Ramli mengesahkan pihaknya menerima laporan empat lagi pelatih mendakwa turut menjadi mangsa buli di pangkalan udara itu selepas seorang bapa membuat laporan polis mendakwa anaknya dibuli di situ. 

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan dengan sengaja. 

Sementara itu dalam ucapannya, Ramli mengingatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang untuk terus meningkatkan ilmu pengetahuan termasuk dalam kecerdasan buatan (AI) serta kemahiran teknikal dan kemahiran insani (soft skill) seperti komunikasi, untuk menempa kejayaan lebih baik.  

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan Sijil Penghargaan Ketua Polis Pahang kepada 43 warga kontinjen tersebut serta tujuh orang awam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia