web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penjawat Awam, Remaja Ditahan Hadiri Parti Liar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 4:43PM

13 orang ditahan termasuk seorang penjawat awam ditahan dalam serbuan ke atas sebuah parti liar di Medini, Iskandar Puteri, semalam - Gambar oleh Polis Daerah Iskandar Puteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang penjawat awam ialah antara 13 yang ditahan dalam serbuan ke atas sebuah parti liar di Medini, Iskandar Puteri semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner (ACP) Dzulkhairi Mukhtar berkata, turut ditahan ialah remaja berusia 17 tahun.

Menurut beliau, penahanan itu membabitkan 10 lelaki dan tiga wanita.

“Dalam serbuan berkenaan, kita turut merampas satu set pembesar suara dan satu set lampu laser pentas (Laser Stage Lighting)," katanya hari ini. 

Menurut Dzulkhairi, siasatan awal mendapati, semua tetamu dijemput menggunakan aplikasi WhatsApp.

"Mereka tidak dikenakan sebarang bayaran untuk menyertai parti ini yang bermula 9 malam kelmarin dan sepatutnya berakhir lewat pagi semalam,” katanya.

Beliau memberitahu, ujian saringan air kencing ke atas semua suspek mendapati, sembilan lelaki dan dua wanita turut disahkan positif dadah jenis metafetamin.

“Semakan pula mendapati, dua individu yang ditahan tergolong dalam senarai dikehendaki polis kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Semua suspek yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) ADB 1952 selain, kesalahan kerana melanggar melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Pelan Pemulihan Negara (PPN). – Getaran, 30 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Politik 1 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad