web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


TDM Lakukan Yang Terbaik Untuk Kesan Anggota Dikhuatiri Lemas - Hishammuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 7:44AM

Hishammuddin Tun Hussein - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan bahawa Tentera Darat Diraja Malaysia (TDM) akan melakukan yang terbaik agar anggota tentera Lans Koperal Mohamad Azrin Mohamad Isa, yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang semalam, ditemukan.

Beliau berkata perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan dipantau rapat dan berharap operasi itu dipermudah.

Katanya operasi SAR TDM turut dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam dan Panglima Tentera Darat (Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain) turut berada di lokasi kejadian.

“Tiada harapan yang lebih besar selain mahu Lans Koperal Mohamad Azrin, 27, daripada 10 Briged (Para) ditemukan dalam keadaan selamat,” menurut beliau dalam ciapan di akaun Twitter rasminya hari ini.

Bernama semalam melaporkan seorang anggota tentera yang terlibat dalam latihan Eksesais Para Predator di Kampung Batu Bor, Bera dikhuatiri lemas.

Mohamad Azrin, 27, anggota tinjau Kompeni PANDURA dipercayai hilang pada 4.40 petang semalam semasa melaksanakan fasa latihan taktikal menyeberangi sungai itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Anggota Tentera Hilang Ketika Op Ukur Sempadan 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelajar IPTA Lemas Di Kolam Ikan

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelancong Jerman Lemas Di Pulau Perhentian

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad