web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Anggota Tentera Hilang Ketika Op Ukur Sempadan 

Semasa Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jun 2024 9:18PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LIMBANG - Seorang anggota tentera Batalion Ke-7 Rejimen Sempadan (RS) yang berpengkalan di Kem Kidurong, Bintulu, hilang ketika sedang bertugas dalam Op Ukur di sini bersama Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) Sarawak.

Anggota yang hilang itu dikenali Prebet Muhammad Syafiq Hilmi Abd Halim sedang melaksanakan tugasan sebagai pengiring penandaan dan pengukuran sempadan Malaysia-Brunei Darussalam di kawasan pengukuran Ulu Tutong (E500) ke Bebuloh (E600) Limbang mulai 11 Jun hingga 2 September 2024 yang dilaksanakan di bawah kawalan Markas 31 Briged Sempadan.

Menurut kenyataan Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia (TDM) ketiadaan anggota dikesan pada Selasa lalu lebih kurang jam 12 tengah hari ketika ketua kumpulan mendapati anggota tiada di posisi belakang kumpulan.

"Kejadian berlaku pada kedudukan di jarak dua kilometer di atas permatang sempadan Malaysia-Brunei dari tanda sempadan E500 menghala ke arah E600," menurut kenyataan tersebut.

Menurutnya, usaha mencari dan mengesan anggota telah segera dilaksanakan oleh kumpulan tersebut yang terdiri daripada dua anggota TDM dan lima anggota JUPEM namun gagal menemui anggota itu.

"Usaha pencarian juga kemudiannya telah dipergiatkan oleh TDM mulai Rabu lalu di kawasan tersebut dengan melibatkan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta agensi lain yang dikoordinasikan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) juga telah mengatur gerak aset mereka dalam membantu usaha pencarian bersama TDM," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Kemalangan Maut: Tentera Darat Tubuh Lembaga Siasatan, Mohon Jangan Buat Spekulasi

2

Semasa 11 bulan yang lalu

Punca Penuntut Mati Akibat Strok Haba Akan Dikenal Pasti - Tentera Darat

3

Semasa 1 tahun yang lalu

D'Parawood Rangkul Juara, Ciptaan Lagu Terbaik BOTB 2023

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Tanah Runtuh: ATM Atur Gerak Anggota, Aset Bantu Operasi SAR

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia