web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kemalangan Maut: Tentera Darat Tubuh Lembaga Siasatan, Mohon Jangan Buat Spekulasi

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2024 7:58PM

gambar FB Tentera Darat Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Tentera Darat Malaysia (TDM) meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi berhubung kemalangan maut yang membabitkan tiga anggotanya dekat Gurun, pagi tadi.

TDM dalam kenyataan berkata, satu Lembaga Siasatan Dalaman akan ditubuhkan bagi menyiasat kes kemalangan itu, dan menggesa supaya gambar-gambar mereka yang terlibat tidak disebarkan bagi menghormati mangsa dan pihak keluarga.

Kenyataan itu mengesahkan bahawa tiga anggota yang maut dalam kemalangan di Kilometer 75 Lebuh Raya Utara Selatan pada jam 10.45 pagi tadi terdiri daripada Sarjan Rozali Abdul Rani, Koperal Mohd Asri Idris dan Lans Koperal Mohd Hafız Haris.

"Ketiga-tiga anggota itu dari Pasukan 3 Rejimen Sempadan (RS) yang berpengkalan di Kem Pengkalan Hulu, Perak, sedang dalam konvoi melibatkan tiga kenderaan tiga tan menuju ke Markas 30 Briged, Kem Bukit Cowder, Kangar, Perlis untuk mengambil anggota yang menjalani Eksesais Satria Gagah," menurut kenyataan itu.

Menurutnya sebuah kenderaan dalam konvoi berkenaan telah mengalami kerosakan, menyebabkan mereka terpaksa berhenti di sebelah laluan kiri lebuh raya, sebelum dirempuh oleh sebuah trailer di lokasi kejadian.

Sementara itu, dalam kenyataan sama Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan seluruh warga TDM menzahirkan rasa dukacita serta mengucapkan takziah kepada waris dan keluarga anggota atas kehilangan mengejut itu.

"Sesungguhnya ini merupakan satu kehilangan yang besar buat TDM serta berdoa agar waris dan keluarga anggota dikurniakan kesabaran dan ketabahan untuk menerima ketentuan Allah itu," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Elak Lubang, Pekerja Kilang Dan Anak Tiri Maut Motosikal Bertembung Kereta

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Ibu, Anak Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Lelaki Maut X50 Langgar Pembahagi Jalan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia