web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Punca Penuntut Mati Akibat Strok Haba Akan Dikenal Pasti - Tentera Darat

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2023 8:49PM

Sepuluh penuntut PULADA rebah akibat strok haba ketika menjalani kursus tempur pegawai muda semalam - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tentera Darat (TD) akan mengenal pasti punca kejadian seorang penuntut yang maut akibat strok haba ketika menjalani kursus tempur pegawai muda di lapang sasar Kem Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA) semalam. 

Sel Perhubungan Raya Tentera Darat dalam kenyataan memberitahu TD memandang serius insiden berkenaan dan akan melaksanakan penambahbaikan kepada pengendalian sistem latihan sedia ada.

Menurut kenyataan itu, TD juga sedang mengusahakan segala bantuan dan kelayakan bagi membantu waris Allahyarham Leftenan Muda Emil Syahid Iskandar.

Menurut kenyataan itu 10 penuntut kursus rebah secara berperingkat di beberapa lokasi sepanjang laluan eksesais Wira Lasak di kawasan Lapang Sasar Utara, PULADA pada Jumaat lepas.

Eksesais Wira Lasak adalah ujian jalan laju sejauh 8 kilometer.

Kenyataan itu menyebut kesemua penuntut telah dirujuk ke Hospital Kota Tinggi untuk mendapatkan rawatan awal dengan tiga daripada mereka dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Ismail kerana tidak sedarkan diri.

“Bagaimanapun, Emil Syahid disahkan meninggal dunia akibat strok haba semalam dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Tasik Puteri, Rawang Selangor," menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu dua penuntut yang menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi telah dibenarkan keluar manakala lima lagi masih berada di wad dan dilaporkan stabil.

"Dua lagi penuntut yang ditempatkan di Wad Unit Rawatan Rapi, Hospital Sultan Ismail telah sedarkan diri dan beransur pulih namun masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital,” menurut kenyataan itu.

Kursus Tempur Pegawai Muda Siri Tiga Tahun 2023 berlangsung dari 18 Sept hingga 5 Jan 2024 di Johor. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Anggota Tentera Hilang Ketika Op Ukur Sempadan 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Kementerian Pendidikan Serah Kes Murid Diserang Strok Haba Kepada Polis

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Cuaca Panas: Kedah Catat Jumlah Tertinggi Penyakit Berkaitan Strok Haba

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia