web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


D'Parawood Rangkul Juara, Ciptaan Lagu Terbaik BOTB 2023

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 9:19AM

Kumpulan D'Parawood daripada Briged ke-10 (Payung Terjun) merangkul dua kemenangan masing-masing juara kategori formasi dan ciptaan lagu patriotik terbaik pada pertandingan akhir Battle of The Bands (BOTB) Tentera Darat 2023. - Gambar ihsan RTM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Kumpulan D'Parawood daripada Briged ke-10 (Payung Terjun) merangkul dua kemenangan masing-masing juara kategori formasi dan ciptaan lagu patriotik terbaik pada pertandingan akhir Battle of The Bands (BOTB) Tentera Darat 2023 yang berlangsung di Dataran Sejarah Ayer Keroh di sini malam tadi.

Bagi kategori formasi, D'Parawood yang pernah memenangi tempat ketiga BOTB 2022, berjaya menewaskan tiga lagi kumpulan sekali gus membawa pulang wang tunai RM3,000 serta hadiah iringan dan piala pusingan manakala wang tunai RM500 bagi kategori lagu ciptaan terbaik yang bertajuk “Satu Jiwa, Satu Bangsa”.

Hadiah berkenaan disampaikan Penglima Tentera Darat Jen Tan Sri Mohammad Ab Rahman diiringi Panglima Briged ke-10 (Payung Terjun) Mej Jen Khairul Azmizal Ahmad Natal dan disaksikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Naib juara bagi kategori formasi dimenangi kumpulan Stallion Quatro daripada pasukan Empat Divisyen manakala tempat ketiga dimenangi kumpulan N'Separang (Lima Divisyen) dan tempat keempat pula milik kumpulan The Thunder (Dua Divisyen).

Bagi kategori Jabatan Arah/ Kor pula, Kombo Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dinobat sebagai juara BOTB 2023 sekali gus berjaya membawa pulang wang tunai RM3,000 serta hadiah iringan dan piala pusingan.

Naib juara bagi kategori Jabatan Arah/ Kor dimenangi kumpulan De Electras daripada Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja manakala tempat ketiga dan keempat masing-masing dimenangi D'Semenggos (Kor Perkhidmatan Diraja) dan Kombo Rejimen Renjer Diraja (RRD).

Naib johan bagi kedua-dua kategori berkenaan membawa pulang RM2,000 dan hadiah iringan manakala tempat ketiga membawa pulang RM1,500 dan hadiah iringan.

Sementara itu, Mohammad ketika ditemui pemberita selepas pertandingan berkata BOTB yang merupakan penganjuran kali keempat diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Tentera Darat ke-90 dan Melaka Agrofest 2023 itu bertujuan memberi ruang kepada anggota tentera darat mengekspresikan bakat dan karya seni mereka terutama dalam bidang muzik dan ciptaan lagu.

Beliau berkata walaupun hadiah yang dipertaruhkan tidak lumayan, ia bukan penghalang kepada semua kumpulan kugiran berkenaan membuat persembahan terbaik dan prestasi serta kualiti persembahan dilihat meningkat berbanding pada penganjuran sebelum ini.

Katanya, pertandingan BOTB berkenaan akan diteruskan pada tahun depan di negeri lain dan pihaknya amat mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pihak yang berminat untuk menaja pertandingan berkenaan memandangkan penganjurannya memerlukan peruntukan yang agak besar.

"Kita tidak ada kemampuan untuk menganjurkan BOTB ini pada skala yang lebih besar termasuk dari segi hadiah kemenangan kerana peruntukan kita amat terhad," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Anggota Tentera Hilang Ketika Op Ukur Sempadan 

2

Luar Negara 7 bulan yang lalu

PBB Pertimbang Semua Pilihan Hantar Bantuan Ke Gaza Termasuk Guna Payung Terjun

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Kemalangan Maut: Tentera Darat Tubuh Lembaga Siasatan, Mohon Jangan Buat Spekulasi

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Punca Penuntut Mati Akibat Strok Haba Akan Dikenal Pasti - Tentera Darat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia