web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh: ATM Atur Gerak Anggota, Aset Bantu Operasi SAR

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2022 9:35AM

Seorang pegawai dan 30 anggota Rejimen Ke-25 Askar Melayu Diraja (25 RAMD) diatur gerak setiap enam jam ke lokasi kejadian bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh itu - Gambar Facebook Briged Ke-11 Infantri Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia mengatur gerak anggota dan aset bagi membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Batang Kali, Selangor.

Hantaran di laman Facebook rasmi Kementerian Pertahanan hari ini memaklumkan seorang pegawai dan 30 anggota Rejimen Ke-25 Askar Melayu Diraja (25 RAMD) diatur gerak setiap enam jam ke lokasi kejadian bagi membantu operasi itu.

Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat pula menerusi hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan pergerakan anggota dan asetnya telah bermula semalam selain bekerjasama dengan agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Hulu Selangor seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia.

Dalam tragedi 2.42 pagi Jumaat, berlaku runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter di tapak perkhemahan itu yang terletak di Gohtong Jaya.

Setakat 9 malam ini, sembilan mangsa masih hilang manakala 24 lagi disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 orang yang terlibat dalam tragedi itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Anggota Tentera Hilang Ketika Op Ukur Sempadan 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Penyamun Diberkas, 20 Kes Samun ATM Berjaya Diselesaikan - Polis

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Sebuah Rumah Banglo Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bangsar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia