web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pasar Berubah Wajah, 10,000 Jalur Gemilang Ceriakan Suasana

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 3:10PM

Suasana Pasar Chabang Tiga meriah dengan kibaran 10,000 bendera Jalur Gemilang.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Pasar Chabang Tiga yang sebelum ini pernah ditutup kerana COVID-19 kini bertukar meriah apabila 10,000 bendera Jalur Gemilang menghiasi segenap gerai dan ruang di premis tersebut.

Malah peniaga juga tampil dengan busana bermotifkan Jalur Gemilang, seperti topi, selendang, selempang yang menyemarakkan lagi kemeriahan sambutan hari kemerdekaan.

Pengerusi pasar Chabang Tiga, Zabidi Zahid, 46, berkata, acara berkenaan adalah inisiatif kira-kira 400 peniaga yang begitu bersemangat untuk menyambut hari merdeka walaupun ketika negara berdepan dengan pandemik COVID-19.

“Sambutan tahun ini cukup meriah,  berbanding sebelumnya dengan peniaga menghias kedai masing-masing, walaupun menggunakan wang sendiri.

“Aktiviti ini sudah berjalan sejak minggu lepas, bermula dengan gotong royong untuk menghiasi pasar ini menggunakan Jalur Gemilang,” katanya di sini.

Selain itu katanya, pertandingan memilih hiasan gerai yang paling kreatif turut diadakan bagi memeriahkan suasana.

Zabidi berkata, selain untuk menerapkan semangat patriotisme dalam diri, program itu juga bertujuan menarik orang ramai datang ke pasar itu.

Katanya, pasar itu semakin kurang dikunjungi sejak ia dibuka pada 8 Ogos selepas ditutup selama lapan hari kerana dua peniaga disahkan positif COVID-19.

“Disebabkan pasar ini pernah tutup, jadi peniaga terjejas pendapatan kerana tak boleh berniaga.

“Dan biarpun pasar dibuka tapi tak ramai yang nak datang, menyebabkan jualan kita pun terjejas. Jadi itulah antara sebab kita nak buat juga program ini,” katanya. - Getaran, 31 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Teruja Sambut Hari Kebangsaan, Orang Ramai Mula 'Berkampung' Sejak Malam Tadi 

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia