web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 4 minggu yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Teruja Sambut Hari Kebangsaan, Orang Ramai Mula 'Berkampung' Sejak Malam Tadi 

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2024 8:25AM

Keadaan di Stadium Mini, Taman Pancarona yang dipenuhi orang ramai yang menghadiri acara Glamping Jiwa Merdeka 2024. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA – Pekarangan Dataran Putrajaya di sini mula dipenuhi orang ramai sejak tengah malam tadi bagi menyaksikan Sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang berlangsung 8 pagi ini.

Semangat menyambut detik bersejarah ini dapat dilihat apabila ada pengunjung sanggup 'berkampung' di kawasan dataran sejak malam tadi bagi memastikan mereka mendapat tempat terbaik untuk melihat perarakan serta persembahan menarik sempena sambutan tahun ini.

Bukan hanya laluan utama perarakan, tempat duduk awam bertingkat yang disediakan khas juga mula dipenuhi orang ramai sebaik sahaja dibuka secara berperingkat pada 3.30 pagi.

Sekitar 6.30 pagi, dif-dif kehormat, diplomat dan perwakilan asing mulai tiba di lokasi.

Keadaan cuaca yang baik pagi ini melancarkan dan memudahkan pergerakan pengunjung serta peserta perarakan dan persembahan membuat persiapan.

Seorang pengunjung Norhasmira Rahim, 34, dari Klang, Selangor berkata dia dan rakan-rakan memutuskan untuk 'bermalam' di Dataran Putrajaya sejak 12 tengah malam tadi bagi memastikan mereka mendapat tempat paling hampir dengan pentas utama.

"Kita tahu orang ramai memang sanggup hadir awal setiap kali sambutan berlangsung, tetapi meskipun kami datang awal, sudah ramai yang berada di sini.

"Walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga, ia bukan masalah kerana kami sangat teruja untuk menyaksikan acara pada hari ini," katanya. – BERNAMA
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Bermula

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

3

Semasa 1 tahun yang lalu

PM Lahir Penghargaan Buat Semua Terbabit Sambutan Hari Kebangsaan 2023

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Perbarisan Pelbagai Kontinjen Menceriakan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-66 Di Putrajaya

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Samun Dan Rogol Warga Emas, Lelaki Warga Asing Direman Seminggu

Sukan 3 jam yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

Semasa 1 hari yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan