web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga Emas Rugi RM400,000 Diperdaya 'Parcel Scam'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Aug 2021 3:16PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Perkenalan seorang warga emas dari Port Dickson dengan seorang wanita di laman sosial sejak Jun tahun lepas, membawa padah kepadanya apabila beliau kerugian kira-kira RM400,000 akibat diperdaya sindiket parcel scam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan Supt Aibee Ab Ghani berkata, pesara lelaki berusia 78 tahun itu mendakwa telah berkenalan dengan seorang wanita bernama Velostin Tina, dari Amerika Syarikat di Facebook.

Menurut Aibee, mangsa dijanjikan kiriman bungkusan dipercayai wang bernilai lebih RM6 juta (1.5 juta USD), yang akan dihantar menerusi perkhidmatan kurier ke negara ini.

“Wanita itu berjanji akan datang ke Malaysia dan memberi 30 peratus daripada wang itu kepada mangsa.

“Dalam proses untuk mendapatkan bungkusan tersebut, mangsa telah membayar beberapa kos kastam dan cukai ke lima akaun bank yang berbeza,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata lelaki berkenaan berasa ditipu setelah diminta untuk membayar sebanyak RM479,250 lagi kepada wanita itu, sedangkan bungkusan yang dijanjikan masih belum diterima.

Aibee berkata, mangsa telah membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Kantoi’ Curang Dan Pukul Isteri, Lelaki Berdepan Siasatan Polis

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia