web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Sebarang Sambutan Di Jambatan Angkat - Ketua Polis Terengganu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Aug 2021 9:26PM

Datuk Rohaimi Md Isa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Polis Terengganu menafikan wujud sambutan ambang merdeka di jambatan angkat atau drawbridge yang berlaku malam tadi, sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas seperti penyebaran beberapa video awal hari ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Rohaimi Md Isa berkata, video yang tular itu dipercayai dilakukan pihak tidak bertanggungjawab dan merupakan rakaman lama sebuah acara anjuran kerajaan negeri.

Menurut beliau, rakaman kesesakan di jambatan angkat itu dibuat pada sambutan Hari Kebangsaan sebelum ini.

“Begitu juga video penceramah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad yang dirakam semasa mengadakan ceramah di kawasan tersebut.

“Video itu adalah ketika program himpunan Daei Ummah Nusantara pada Februari 2020 iaitu sebelum pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan,” katanya di sini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas penularan beberapa video sejak awal pagi tadi, yang memaparkan penduduk sekitar Kuala Terengganu berpusu-pusu memenuhi tarikan pelancong itu bagi menyambut ambang kemerdekaan.

Video berkenaan menimbulkan kemarahan orang ramai yang menggesa tindakan diambil kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Rohaimi menambah, kesesakan berlaku kerana penutupan jalan di sekitar kawasan Batu Buruk sehingga menyebabkan pengguna kenderaan terpaksa berpatah balik dan menggunakan laluan ke jambatan tersebut.

“Polis memang melakukan pemantauan yang ketat di lokasi itu sehingga lewat tengah malam tadi.

“Suasana di sekitar drawbridge dan pantai Batu Buruk adalah sangat terkawal dan tiada aktiviti berkumpulan selepas jam 10.30 malam,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menyebarkan sebarang maklumat jika ia bukan sesuatu yang sahih. - Getaran, 31 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia