web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SJR PKPD Gempar, Iswara Rempuh Khemah Petugas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Sep 2021 9:03PM

Barangan di bawah khemah yang digunakan untuk SJR berselerak selepas dirempuh oleh sebuah kereta di SJR PKPD Kampung Talak, Chabang Empat, Tumpat, pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Pasukan keselamatan yang bertugas di sekatan jalan raya (SJR) Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Kampung Talak, Chabang Empat di sini, berdepan detik cemas apabila sebuah kereta merempuh khemah didirikan pagi tadi.

Kenderaan jenis Proton Iswara itu melanggar khemah SJR PKPD pada jam 11.45 pagi sebelum bertindak melarikan diri.

Kejadian tersebut turut tular di laman Facebook, apabila rakaman video memperlihatkan seorang anggota polis hampir dilanggar kereta berkenaan, sebelum berjaya mengelak.

Rempuhan itu turut mengakibatkan pelbagai kemudahan yang berada di bawah khemah termasuk kerusi, meja dan makanan berselerakan. 

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, insiden terbabit berlaku ketika anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang bertugas di SJR terlibat.

“Sebuah kereta Proton Iswara berwarna hitam telah merempuh khemah secara tiba-tiba, sebelum cuba melarikan diri secara mengundur.

 “Anggota yang bertugas bertindak mengejar kereta itu dan sempat mengambil nombor pendaftaran kenderaan,” katanya kepada Getaran ketika dihubungi.

Seorang anggota polis mengejar sebuah kereta yang melarikan diri selepas merempuh SJR PKPD Kampung Talak, Chabang Empat, Tumpat.
Seorang anggota polis mengejar sebuah kereta yang melarikan diri selepas merempuh SJR PKPD Kampung Talak, Chabang Empat, Tumpat.

Ab Rashid berkata, pemandu berkenaan berjaya melarikan diri dan gagal dikesan.

“Kita bersyukur kerana tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu, hanya beberapa peralatan sahaja mengalami kerosakan,” katanya.

Kes berkenaan masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 26(2) Akta Polis 1967. – Getaran, 1 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia