web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Kesan Suspek Lakukan Ugutan Jenayah Melalui Khidmat Kurier

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Sep 2021 11:39AM

Seorang wanita menerima bungkusan berisi nota ugutan serta objek berbentuk tangan dengan cecair berwarna merah di rumahnya di Jalan Kampung Saim, Klang. - Gambar ihsan Polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis sedang mengesan seorang suspek yang melakukan ugutan jenayah terhadap seorang wanita untuk menyimbah asid dan membakar rumahnya melalui nota di dalam bungkusan kurier yang dikirimkan ke sebuah alamat di Kampung Saim, Klang dekat sini, Isnin lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Supt Mohd Khairi Shafie berkata suspek melalui nota ugutan turut mengunggut untuk mencederakan mangsa, keluarga serta kawan-kawannya selain mengirim objek berbentuk tangan dengan kesan cecair merah bersama-sama bungkusan itu.

Katanya pengadu berusia 29 tahun dan bekerja sebagai jurujual di kedai emas itu juga mendakwa beliau turut menerima mesej berbaur lucah dan ugutan menerusi aplikasi WhatsApp yang dari nombor yang tidak dikenali, pada keesokan harinya.

“Pihak polis kini membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan telah memanggil pengadu untuk dirakamkan keterangan serta sedang mengesan pengirim bungkusan dan pemilik nombor telefon bimbit yang terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, polis menasihatkan orang ramai supaya menghentikan perbuatan yang tidak bermoral ini serta menyalahi undang-undang yang boleh mendatangkan kegusaran terhadap masyarakat. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Fitnah MCMC, PDRM: Laporan Polis Dibuat Terhadap Murray Hunter

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lelaki Disiasat, Muat Naik Hantaran Jelik Berkaitan Tragedi Helikopter TLDM

4

Filem & TV 8 bulan yang lalu

 Filem 'Oppa' Bantu PDRM Banteras Jenayah Scam

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia