web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


4 Mangsa Kemalangan Merotai Positif COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Sep 2021 11:02AM

4 daripada 6 mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 15 Jalan Tawau-Merotai, semalam, melibatkan dua kenderaan ini, disahkan positif COVID-19. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KALABAKAN - Empat daripada enam mangsa kemalangan di Kilometer 15 Jalan Tawau-Merotai, di sini, semalam, disahkan positif COVID-19.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, empat sekeluarga bersama seorang lelaki menempuh detik cemas selepas kenderaan Proton Waja dinaiki bertembung dengan sebuah pacuan empat roda yang datang dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas ketika dihubungi berkata, nahas berkenaan bagaimanapun hanya mencederakan pemandu Proton Waja, seorang lelaki berusia 30 tahun yang patah di bahagian paha.

Menurut beliau, ujian saringan COVID-19 bagaimanapun mengesahkan kesemua empat penumpang Proton Waja iaitu isteri pemandu, dua anak mereka dan ipar positif virus berbahaya itu.

"Mereka kini ditempatkan di pusat kuarantin COVID-19 bagi tujuan rawatan," katanya.

Peter memberitahu, kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu pacuan empat roda yang datang dari arah bandar, menuju ke Dumpas.

"Pemandu itu mendakwa cuba mengelak sebuah kenderaan lain yang keluar dari simpang secara tiba-tiba.

"Ia menyebabkan lelaki berusia 40 tahun tersebut gagal mengawal kenderaan dan memasuki lorong bertentangan, sebelum merempuh Proton Waja yang dinaiki keluarga berkenaan," katanya.

Kenderaan pacuan empat roda itu jelas Peter, turut terbalik dan menyebabkan pemandunya mengalami kecederaan ringan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak berhemah sehingga membahayakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. - Getaran, 3 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia