web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isu Hutan Simpan Selangor Dibawa Ke MMKN 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 4:27PM

Amirudin Shari - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan membawa isu penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada 8 September ini.

Pakatan Harapan (PH) Selangor berkata, usaha itu bagi membolehkan hala tuju dan keputusan mengenai isu terbabit dipertimbangkan lebih terperinci.

Amirudin yang juga Pengerusi PH Selangor berkata, keputusan tersebut (membawa isu ke MMKN) dibuat selepas pertemuan bersama semua pengerusi parti komponen PH Selangor pagi tadi.

“Semua pihak menyatakan pandangan serta keprihatinan masing-masing ketika pertemuan dan bersetuju isu dibawa ke MMKN,” katanya.

Turut mengeluarkan kenyataan itu ialah Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo dan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH), Izham Hashim.

Menurut Amirudin, pertemuan berkenaan turut membincangkan bantahan yang diberikan terhadap cadangan pembinaan Lebuh Raya Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link).

Katanya, PH Selangor mengambil maklum bahawa PJD Link belum diluluskan kerajaan negeri, malah menolak sebarang usaha menghidupkan semula projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) atau seumpamanya.

“Pengerusi parti komponen PH Selangor komited menjunjung semua prinsip asas pakatan berkaitan alam sekitar dan agenda kepedulian rakyat sebagai pedoman serta panduan dalam setiap perancangan pembangunan negeri,” katanya.

Sebelum ini, Selangor pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor memaklumkan, MMKN memutuskan bahawa kira-kira 536.70 hektar daripada keseluruhan kawasan Hutan Simpan Kuala Langat Utara diluluskan untuk dinyahwarta mengikut Seksyen 12, Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat menerusi MMKN pada 5 Mei dan disahkan pada 19 Mei.

Menerusi keputusan tersebut katanya, jumlah keluasan hutan simpan berkenaan yang ingin dinyahwarta adalah kurang 45 peratus daripada jumlah asal dicadangkan, iaitu kira-kira 991.90 hektar. - Getaran, 3 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia