web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jaguh Sukan Buat Video, Pujuk Rakyat Terima Vaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2021 7:13PM

Welson dan Shalin antara jaguh sukan tampil dalam video memujuk rakyat menerima vaksin COVID-19

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Beberapa jaguh sukan negara tampil untuk meyakinkan rakyat mengenai kepentingan pengambilan vaksin COVID-19, tatkala tular desas-desus meragui langkah imunisasi skala besar yang akan bermula Jumaat minggu depan.

Menerusi dua video video berdurasi 40 saat di YouTube, pemain boling 10 pin professional, Shalin Zulkifli dan perenang kebangsaan Welson Sim, menasihati serta memujuk masyarakat supaya mengambil suntikan vaksin tersebut.

“Dengarlah saranan pakar kesihatan anda.

“Vaksin bukan sahaja penting untuk diri sendiri tetapi untuk melindungi orang yang kita sayangi. Lindung diri, lindung semua,” kata Shalin dalam video keluaran Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Baru-baru ini, bancian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati satu per tiga rakyat Malaysia berasa was-was dan kurang selesa untuk mengambil suntikan vaksin secara sukarela meskipun program berkenaan diberi secara percuma.

“Saya terdengar ada juga yang takutkan vaksin. Jangan percaya khabar angin. Dengarlah nasihat pakar kesihatan. Vaksin bukan sahaja untuk diri kita, tetapi untuk yang tersayang,” kata Welson dalam video YouTube JKJAV.

Bancian KKM sepanjang 21 hingga 28 Disember tahun lalu mendapati, hanya 67 peratus daripada 212,006 responden bersetuju untuk mengambil vaksin COVID-19.

Sejumlah 78 peratus responden lagi berasa was-was dan tidak yakin dengan keberkesanan vaksin manakala 71 peratus lagi merasakan ianya tidak selamat untuk diambil.

Mereka turut mempersoalkan kredibiliti syarikat pengeluar vaksin tersebut.

Malaysia dijadualkan menerima bekalan vaksin COVID-19 pertama, esok yang bakal mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Sebanyak 312,390 dos hantaran pertama vaksin keluaran Pfizer-BioNTech itu akan diterbangkan menggunakan pesawat Malaysia Airlines Airbus A330-300 yang dihiasi Jalur Gemilang, manakala Perdana Menteri,  dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin bakal melakar sejarah sebagai penerima pertama suntikan berkenaan.

Program suntikan vaksin akan dilaksanakan menerusi tiga fasa bermula 26 Februari hingga April ini, dengan penerima pertama membabitkan kumpulan petugas barisan hadapan.

Fasa kedua yang dijadualkan mulai April hingga Ogos ini pula dikhususkan untuk golongan berisiko tinggi seperti warga emas manakala fasa ketiga pula membabitkan individu berumur 18 tahun ke atas, mulai Mei 2021 hingga Februari 2022.

Selain Pfizer, bekalan vaksin COVID-19 yang diperolehi Malaysia dan akan dihantar secara berperingkat adalah dari keluaran beberapa syarikat farmaseutikal seperti AstraZeneca, Sinovac, CanSinoBIO, Sputnik V. – Getaran, 20 Februari 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Peminat Apple Teruja, Tak Kisah Beratur Panjang Untuk Jadi Pelanggan Pertama

2

Semasa 2 minggu yang lalu

China Sedia Kerjasama Dengan Malaysia, Bina Komuniti China-Malaysia - Li Qiang

3

Semasa 4 minggu yang lalu

Rombongan Haji Thailand Mahu Belajar Cara Pengurusan Haji Malaysia 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Pegawai Kanan Polis Didakwa Langgar Pelajar Mohon Dibebaskan Dengan Jaminan

Sukan 1 hari yang lalu

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris