web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


69 Mangsa Banjir, 22 Keluarga Dipindah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 10:04AM

Semua 69 mangsa banjir telah ditempatkan di PPS Dewan Datuk Mohd Dun Banir, Beaufort, sejak petang semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEAUFORT - Seramai 69 mangsa banjir dari 22 keluarga di Membakut dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Datuk Mohd Dun Banir, Beaufort, petang semalam.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, 39 mangsa banjir dipindahkan pagi tadi, dan sehingga petang, jumlahnya meningkat kepada 69 orang.

Katanya, perpindahan itu membabitkan 17 keluarga dari Kampung Brunei, 12 penduduk dari empat keluarga di Kampung Sungai Damit dan lima sekeluarga dari Skim Kampung Brunei.

Sehingga petang semalam, banjir yang melanda daerah ini dan Membakut dilaporkan masih belum surut berikutan paras air Sungai Padas dan Sungai Membakut kekal pada paras bahaya walaupun telah menunjukkan aliran menurun.

Sementara itu, Pegawai Daerah Beaufort, Abdul Imam Basirun berkata, dua PPS komuniti diwujudkan di Kampung Bangkalalak dan Kampung Suasa bagi menempatkan penduduk sekitar yang terjejas.

Katanya, keadaan cuaca di daerah ini yang tidak menentu selain faktor pasang surut air laut dijangka menyebabkan banjir berterusan untuk beberapa hari lagi.

Setakat ini, katanya, mangsa banjir ditempatkan di PPS Dewan Mohd Dun Banir dan Dewan Desa Lestari Suasa manakala satu lagi PPS komuniti dicadang untuk dibuka di Dewan Bangkalalak bagi memudahkan proses pemindahan penduduk.

"Pembukaan dua PPS komuniti ini juga dapat mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dalam kalangan penduduk setempat atau dari kampung lain kerana tidak perlu berpindah jauh.

"Walaupun penduduk yang dikuarantin akibat COVID-19 telah dipindahkan ke Pusat Kuarantin (PKRC) di Selagon, namun langkah pencegahan perlu diambil bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19," tambahnya.

Kelmarin, 45 buah kampung di Beaufort dan 15 kampung di Membakut dilanda banjir susulan hujan berterusan yang menyebabkan kedua-dua sungai melimpah. - Getaran, 4 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia