web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Raja Muda Selangor Nafi Dikaitkan Dengan Pemaju Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2021 7:48AM

Tengku Amir mahu Hutan Simpan Kuala Langat Utara dijaga dengan baik. - Gambar dari Instagram rmselangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menafikan sebarang hubungan dengan mana-mana pemaju yang terlibat dalam projek pembangunan di Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU).

“Beberapa kumpulan percaya saya mendapat manfaat daripada keputusan itu, saya ingin menjelaskan kedudukan saya. Saya tidak mempunyai kaitan dengan Gabungan Indah Sdn Bhd atau sebarang projek pembangunan di HSKLU,” titah baginda dalam hantaran di Instagram semalam.

Hantaran itu merujuk kepada keputusan untuk menyahwartakan separuh daripada HSKLU selaras dengan matlamat pembangunan Selangor ke arah kestabilan sosioekonomi dan kelestarian.

Pada 1 September lepas, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor berkata Kerajaan Negeri Selangor masih mengekalkan kira-kira 46 peratus daripada kawasan hutan simpan itu di Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat sebagai hutan simpan kekal.

Menurut jabatan itu, cadangan penyahwartaan hutan simpan tersebut telah melalui proses yang teliti oleh Jawatankuasa Penyiasatan Awam sejak keputusan mengenainya diterima pada November 2019.

“Kerajaan Negeri Selangor turut mengenakan beberapa syarat kepada pemaju Gabungan Indah Sdn Bhd termasuk pengekalan sebanyak 20 peratus daripada kawasan pembangunannya sebagai kawasan hijau serta keperluan translokasi spesies-spesies flora dan fauna yang berkepentingan,” katanya.

Tengku Amir Shah juga bertitah baginda tetap prihatin terhadap alam sekitar dan menyedari bagaimana pembangunan memberi kesan terhadap perubahan iklim yang bukan hanya menjejaskan rakyat Malaysia tetapi juga generasi pada masa akan datang.

“Kita perlu memikul tanggungjawab bersama untuk melindungi dan memulihara sebahagian besar dari kawasan ini. Perkasakan dan lindungilah masyarakat yang tinggal di kawasan itu.

“Bangunkan komuniti yang lebih lestari dengan memiliki rasa empati dan berpandangan jauh. Rakyat Selangor tidak suka melihat ia (HSKLU) pupus.

“Kita rakyat Malaysia ingin memainkan peranan kita untuk planet ini iaitu menebus kembali kesilapan ekologi kita dan memberikan sumbangan yang positif kepada alam sekitar,” titah baginda. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

92 Projek Pembangunan Baharu Di Kelantan Tahun Ini - Nik Nazmi

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Raja Muda Selangor Berkenan Lawat Pusat Koreksional

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Gerbang Maritim Selangor: Projek Sungai Klang ‘Rosak’ Akibat Dakwaan Salah Guna Kuasa?

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Glenmarie Cove: Penduduk Kecewa Pemaju ‘Mungkir Janji’

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia