web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Raja Muda Selangor Berkenan Lawat Pusat Koreksional

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 16 Jan 2024 9:05PM

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah (tengah) berkenan melawat Sekolah Integriti di Pusat Koreksional Puncak Alam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA SELANGOR - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat melawat Pusat Koreksional Puncak Alam, di sini hari ini.

Dalam lawatan itu, baginda berkenan meninjau kelas-kelas yang terdapat di Sekolah Integriti di pusat pembangunan peradaban budaya kemanusiaan di pusat berkenaan.

Ketua Pengarah, Jabatan Penjara, Datuk Nordin Muhamad dalam ucapannya sempena keberangkatan baginda berkata, kejayaan semasa Jabatan Penjara Malaysia memulihkan banduan ketika ini adalah pada kadar 82.4 peratus, iaitu setelah dibebaskan golongan ini tidak kembali ke kancah jenayah dalam tempoh tiga tahun.

Bagaimanapun, katanya, penjara dalam negara kini dalam keadaan sesak dengan jumlah banduan yang menghuninya melebihi 5.6 peratus daripada kapasiti yang sepatutnya.

Beliau berkata, 60 penjara di seluruh negara kini dihuni kira-kira 75,000 banduan berbanding kapasiti sepatutnya 71,000 banduan, dan jumlah itu tidak termasuk hampir 4,000 banduan yang menjalani pemulihan dalam komuniti menerusi Perintah Kehadiran Wajib, Parol dan Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 6 bulan yang lalu

Pasti Saya Menangis Dapat Makan Mi Kari Mak - Banduan Muda

2

Usahawan 2 tahun yang lalu

SAY ASPIRE Cipta Peluang Usahawan Tembusi Pasaran Dunia

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Raja Muda Selangor Nafi Dikaitkan Dengan Pemaju Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia