web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


92 Projek Pembangunan Baharu Di Kelantan Tahun Ini - Nik Nazmi

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 06 Feb 2024 12:13PM

Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kerajaan Persekutan telah meluluskan peruntukan pembangunan berjumlah RM2.81 bilion di Kelantan di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) menerusi Rolling Plan Keempat Tahun 2024.

Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia adalah peningkatan sebanyak RM0.24 bilion berbanding peruntukan asal pada 2023.

Beliau berkata sebanyak 92 projek baharu telah diluluskan pada tahun ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 425 projek.

"Kementerian Kerja Raya (KKR) mencatat jumlah peruntukan terbesar pada tahun ini iaitu RM0.8 bilion melibatkan 32 projek.

"Projek-projek utama di bawah KKR termasuk enam pakej pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai (KBKK) dan sembilan pakej Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama (LTU) dari Kuala Krai ke Gua Musang.

"Kesemua 14 daripada 15 pakej tersebut kini dalam pelaksanaan manakala satu pakej di peringkat perolehan dengan jumlah keseluruhan kos pembinaan adalah sebanyak RM4.79 bilion," katanya pada Majlis Makan Malam Bersama Media Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan ICU JPM di sini, malam tadi.

Teks ucapan Nik Nazmi yang juga Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Kelantan dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.

Nik Nazmi berkata, jaringan pengangkutan menyeluruh termasuk pembinaan jajaran lebuh raya, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) serta naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) kini sedang rancak dibina.

Sementara itu, Nik Nazmi berkata, Kerajaan Persekutuan juga meluluskan fasa baharu Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) dengan kos RM1.06 bilion bagi Fasa 2 Sungai Kelantan dan RM0.5 bilion bagi Fasa 3 Sungai Golok.

"Untuk rekod sebanyak 13 projek secara terkumpul berkaitan banjir di pelbagai peringkat pelaksanaan telah diluluskan di negeri ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM3.83 bilion.

"Saya berharap semua pihak khususnya agensi pelaksana terlibat agar dapat memastikan pelaksanaan projek-projek ini berjalan dengan lancar malah jika mampu elakkan sebarang masalah menyumbang kepada kelewatan pelaksanaannya," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 6 hari yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Luluskan RM5 Juta Untuk Pembenihan Awan Di Kelantan

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 2 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 21 minit yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad