web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan Pengawal Keselamatan Diserang Diserah Kepada Pejabat AG

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2021 8:07AM

Datuk Mior Faridalathrash Wahid - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis menyerahkan semula kertas siasatan mengenai kes pengawal keselamatan yang maut selepas beberapa bulan terlantar akibat diserang penyewa sebuah kondominium di sini kepada Pejabat Peguam Negara.

Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya sedang menunggu arahan bagi sebarang tindakan lanjut selepas mendapat keputusan daripada Jabatan Peguam Negara.

“Pihak polis telah merujuk semula kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara dan pihak pendakwaan telah memberi beberapa arahan untuk dilengkapkan ekoran berlakunya kematian dalam kes tersebut.

“Kertas siasatan kemudian telah dikembalikan semula kepada Pejabat Peguam Negara serta menunggu arahan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Mengulas mengenai kenyataan pihak tertentu yang meminta polis menahan semula suspek susulan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mangsa meninggal dunia, beliau berkata suspek telah menjalani proses siasatan polis termasuk direman sebelum dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan.

Katanya orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes itu memandangkan ia masih dalam perbicaraan serta mempercayai sistem kehakiman dan keadilan negara.

Mior Faridalathrash turut menegaskan bahawa polis tidak pernah menggunakan perkataan ‘double jeopardy’ atau pendakwaan dua kali dalam sebarang kenyataan berkaitan kes itu seperti dilaporkan beberapa portal dan media sosial.

“Kenyataan tersebut sangat tidak tepat, mengelirukan dan seolah-olah ia dikeluarkan oleh pihak polis,” katanya.

Pada 27 Ogos lepas, mendiang S Thava Sagayam, 64, meninggal dunia selepas lama terlantar sakit berikutan diserang seorang lelaki yang tidak berpuas hati kerana mendiang dikatakan cuba menghalang anak lelaki itu daripada menggunakan kolam renang di sebuah kondominium yang tidak dibuka kepada orang ramai pada 29 Disember tahun lepas.

Sebelum ini, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Ipoh pada 6 Januari lepas kerana mendatangkan kecederaan parah serta kes akan disebut semula pada 9 September ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes Bunuh Farah Kartini Siap Sebelum Jumaat – KP Selangor

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Polis Buka Kertas Siasatan Kes Resit Tertera Perkataan Hina Islam

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Tembakan Di KLIA: Pengawal Keselamatan Terima Penghargaan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Ketua Pemuda UMNO Dirujuk Pejabat Peguam Negara Minggu Depan - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia