web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tembakan Di KLIA: Pengawal Keselamatan Terima Penghargaan

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2024 4:05PM

gambar FB Malaysia Airports

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengawal keselamatan yang bertugas ketika insiden tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Terminal 1 pada 14 April lalu menerima penghargaan daripada Malaysia Airports. 

Malaysia Airports yang juga pengendali lapangan terbang utama negara dalam hantaran di Facebook berkata, tindakan berani dan pantas, Korperal Mohammad Shafiq Safi’ai yang juga anggota  Aviation Security (AVSEC) amat membanggakan.

Menurut hantaran itu, Mohammad Shafiq berjaya melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab demi menjamin keselamatan pengunjung.

"Shafiq yang juga seorang anggota Aviation Security (AVSEC) telah memberi amaran keras dengan mengacukan senjata miliknya kepada suspek yang telah melepaskan dua das tembakan. 

"Suspek kemudiannya terus melarikan diri dari tempat kejadian," menurut hantaran itu.

Susulan itu, Malaysia Airports mengadakan satu majlis khas bagi menyampaikan sijil penghargaan dan wang sumbangan sebanyak RM1,000 kepada Mohammad Shafiq.

Dalam kejadian pada jam 1.30 pagi, 14 April lalu, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi kepada isterinya.

Ia menyebabkan pengawal peribadi terbabit cedera, sebelum dirawat di Hospital Cyberjaya.

Suspek berusia 38 tahun itu, kemudiannya berjaya diberkas di Kota Bharu, Kelantan sebelum berjaya melarikan diri ke luar negara.

Susulan itu, Mahkamah Majistret Kota Bharu mengeluarkan tahanan reman selama tujuh hari terhadap suspek berusia 38 tahun itu bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Sekyen 8 Akta Senjata 1960. - Getaran, 20 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

KDN Tahan 10 Pengawal Keselamatan Warga Asing

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Warkah Daripada Murid Dorong Uncle Kittu Kembali Ke SK Bandar Baru Putera

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Bekas Pesakit Mental Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Pengawal Keselamatan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

"Anda Berhak Menerimanya", Titah Agong Kepada Pengawal Keselamatan Tular

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Piala FA: JDT Sebelah Kaki Ke Separuh Akhir

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Bas Terbabit Nahas Di Genting Highlands Tiada Lesen Memandu

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM