web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bekas Pesakit Mental Ditahan Bantu Siasatan Kes Bunuh Pengawal Keselamatan

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2024 8:26PM

Asisten Komisioner Yahaya Hassan - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis menahan seorang lelaki yang juga bekas pesakit mental bagi membantu siasatan kes seorang pengawal keselamatan yang ditemukan maut di sebuah tapak pusat perkhemahan Gunung Lang, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata. pihaknya menerima panggilan pada 2.30 pagi daripada orang awam memaklumkan seorang lelaki dijumpai terbaring dengan kesan kecederaan di tepi pagar pusat perkhemahan terbabit.

"Mangsa yang berusia 41 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas ambulans Hospital Raja Permaisuri Bainun.

"Hasil bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan penyakit jantung dengan kecederaan akibat objek tumpul dan tajam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu, beliau berkata polis menahan lelaki berusia 31 tahun di Kampung Manjoi, tengah hari tadi dan semakan awal mendapati dia memiliki 10 rekod jenayah lampau termasuk narkotik.

"Lelaki itu pernah menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak dan dia akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh esok untuk permohonan reman," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kes Cabul: Doktor Dibebas Dengan Jaminan Polis

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Buat Gangguan Seksual Terhadap Remaja, Doktor ‘Jijik’ Dicekup

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Kes Zayn Rayyan Kembali Hangat, Ibu Bapa Direman Pagi Ini

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

Isu Jin Wei: ‘Coach’ Nova Ada Komitmen Lain - Hannah Yeoh

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Selesai Isu Penempatan Haram Bukit Malut, Masalah Laut Kotor Pun 'Settle' - Sanusi 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Pengasas Bersama G25 Noor Farida Meninggal Dunia

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Sukan 21 jam yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

oleh Diyana Nawwar