web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Terengganu Bukan Anti Vaksin - Ahmad Amzad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Sep 2021 9:04AM

Petugas kesihatan memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada rakyat negeri Terengganu ketika tinjauan di pusat pemberian vaksin (PPV) Taman Tamadun Islam pada 13 Ogos. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Peratusan kadar vaksin yang rendah di negeri ini bukan kerana rakyat berfahaman anti vaksin, tetapi banyak disumbangkan faktor lain.

Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, kadar pengambilan vaksinasi COVID-19 di Terengganu hanya sekadar 50.8 peratus berbanding negeri lain.

Menurut beliau, statistik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menunjukkan, Terengganu bukan negeri terendah tetapi antara yang terbaik mencatatkan kadar pengambilan vaksin.

“Kadar pendaftaran vaksin di Terengganu jika nak dibandingkan kepada negeri Pantai Barat agak rendah tapi kita tak boleh buat kesimpulan rakyat negeri ini anti vaksin.

“Kita kena tengok beberapa faktor yang lain, khususnya penggunaan aplikasi MySejahtera, penduduk Terengganu tidak seperti rakyat Pantai Barat yang sangat mahir,” katanya kepada media ketika program Misi Bantuan Air di sini.

Ahmad Amzad berkata, Terengganu terdiri daripada sejumlah besar warga emas di kawasan pedalaman, justeru pengetahuan dan kemahiran mereka dalam mengendalikan aplikasi canggih agak terbatas.

Beliau bagaimanapun optimis negeri itu masih berada di landasan tepat dan bakal mencapai sasaran 80 peratus lengkap vaksin awal bulan depan.

Biarpun sebelum ini pernah berlaku sedikit kelewatan penghantaran bekalan katanya, namun masalah itu kini sudah dapat diatasi.

“Punca kelewatan sebelum ini berkait bekalan vaksin. Kita mempunyai kapasiti untuk melaksanakan suntikan. Kita ada banyak Pusat Pemberian Vaksin (PPV)  tapi bekalan vaksin adalah satu yang menjadi perkara utama.

“Lembah Klang sekarang banyak PPV yang ditutup kerana sudah mencapai tahap seperti disasarkan, maka sekarang vaksin mula diedar lebih banyak ke negeri yang sebelum ini dianggap sebagai tidak mempunyai risiko terlalu tinggi,” katanya.

Bagi mempercepatkan sasaran itu, beliau berkata Terengganu akan membuka PPV secara ‘walk in’ berkuat kuasa hari ini.

Terdahulu Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) menerusi hantaran di laman Facebooknya berkata, hanya 54.16 peratus penduduk dewasa negeri itu sudah melengkapkan dos masing-masing. - Getaran, 5 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia