web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banduan Asing Positif COVID-19 Lolos PKRC, Gerakan Memburu Dilancar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2021 5:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Polis memburu tiga banduan warga asing yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Dewan Arena Tawau di sini, tengah malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, banduan berusia 23 hingga 34 tahun itu dikesan mengopek geriji besi pada tandas sebelum melarikan diri.

Jimnajir Annor
Jimnajir Annor

Jimnajir Annor, dari Filipina dan dua tahanan warga Indonesia dikenali sebagai Niko Matheus dan Hasyim Muhamad Syata yang sedang menjalani hukuman dimasukkan ke PKRC berkenaan selepas disahkan positif bagi tujuan kuarantin dan pemulihan.

Niko Matheus
Niko Matheus

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas berkata,  ketiga-tiga banduan berkenaan melompat keluar dari bangunan dan memanjat pagar sebelum melarikan diri, selepas berjaya mengopek jeriji besi tersebut.

Hasyim Muhamad Syata
Hasyim Muhamad Syata

“Mereka antara 16 banduan dan tahanan yang ditempatkan di PKRC berkenaan bagi tujuan pengasingan selepas disahkan positif COVID-19.

“Bagaimanapun, ketiga-tiganya berjaya melarikan diri dan kejadian tersebut disedari tengah malam tadi, sebelum gerakan memburu banduan tersebut dilancarkan,” katanya menerusi sidang media, hari ini.

Menurut Peter, polis melancarkan Ops Tutup dan Ops Kesan bagi mengesan kesemua tahanan berkenaan.

“Selain sekatan jalan raya, kawalan dan pemeriksaan turut dilakukan di sempadan daerah termasuk Pusat Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ).

“Orang ramai diminta berwaspada memandangkan banduan tersebut positif COVID-19 dan sedang menjalani rawatan,” katanya.

Individu yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut turut diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu misi mengesan semua tahanan terbabit. - Getaran, 5 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia