web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sebanyak 2.89 Juta Dos Vaksin COVID-19 Akan Dibekal Ke Sabah Bulan Ini - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 3:00PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sebanyak 2.89 juta dos vaksin COVID-19 akan dibekalkan ke Sabah bulan ini dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi di negeri ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata dengan penghantaran bekalan vaksin itu, kerajaan yakin Sabah akan dapat meningkatkan kadar vaksinasi harian kepada 60,000 dos hingga 70,000 dos sehari seterusnya mencapai sasaran 60 peratus penduduk divaksin menjelang akhir bulan ini.

“Kita masih lagi berpegang kepada sasaran 60 peratus penduduk dewasa Sabah akan lengkap vaksinasi pada akhir September ini dan 80 peratus penduduk dewasa Sabah akan lengkap vaksinasi pada akhir Oktober seperti sasaran nilai ambang ditetapkan.

“Bagi mencapai sasaran tersebut kita akan perbanyakan program ‘mobile outreach’.

“Kerajaan negeri (Sabah) dan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan merancang lebih 130 program outreach dalam bulan September dan Oktober ini,” katanya pada sidang media di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Terdahulu beliau dan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor mempengerusikan bersama Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF) Peringkat Negeri Sabah di sini.

Khairy berkata setelah mencapai kadar 80 peratus penduduk dewasa divaksin pada Oktober ini, Sabah boleh memulakan program pemberian vaksin COVID-19 kepada golongan remaja di negeri ini, bagaimanapun ia bergantung kepada pencapaian vaksinasi semasa.

Ditanya tentang keperluan tinggi vaksin COVID-19 dos tunggal CanSino terutama untuk penduduk di pedalaman Sabah, beliau berkata Malaysia akan menerima 300,000 dos vaksin itu pada bulan ini dan Sabah akan menerima agihan sepatutnya daripada jumlah tersebut.

“Mengikut jadual kita akan terima untuk seluruh Malaysia 100,000 dos (vaksin CanSino) minggu depan dan 200,000 dos lagi pada akhir bulan ini, jumlah 300,000 dos ini disebabkan bekalan tidak mencukupi di peringkat antarabangsa.

“Pada Oktober kita jangka lebih banyak lagi (vaksin CanSino sampai) sudah pasti Sabah akan menjadi antara negeri keutamaan untuk vaksin dos tunggal ini,” katanya.

Beliau berkata bagi membantu Sabah menghadapi pandemik COVID-19, Kementerian Kesihatan akan menghantar peralatan perubatan tambahan terdiri daripada 480 unit silinder oksigen, 24 buah kotak alat kawal atur oksigen dan lima kotak ubat-ubatan COVID-19 yang dijadual tiba esok. 

Khairy berkata Kementerian Kesihatan juga telah menyediakan unit rawatan rapi modular dengan kapasiti 10 katil di Hospital Tawau dan beliau akan melawat tapak bagi menyediakan hospital medan tambahan di Tawau esok.

Kementerian juga kata beliau, memperuntukkan 29 buah ambulans tambahan untuk keperluan hospital-hospital di Sabah, dan akan membuat mobilisasi tenaga kerja perubatan ke Sabah dengan 97 daripada 150 pegawai lantikan tetap telah diarahkan melapor diri di Sabah pada 2 Ogos dan 1 September lepas.

“Seramai 50 pegawai perubatan tambahan akan ditawarkan pelantikan tetap bermula 13 September, baki keperluan pegawai perubatan akan ditampung pengisian pegawai perubatan siswazah, dan 78 penolong pegawai perubatan yang dimobilisasi ke Selangor akan pulang ke Sabah selewat-lewatnya akhir minggu ini.

“Buat masa ini juga kapasiti ICU (Unit Rawatan Rapi) di Sabah pada paras 90 peratus dan kapasiti ventilator 46 peratus. Saya akan bincang unjuran negeri Sabah untuk beberapa minggu nanti bagi memastikan bahawa kapasiti ICU, keperluan oksigen mencukupi,” katanya.

Mengulas mengenai peningkatan kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID), Khairy berkata sebahagian besar daripada kes BID akibat COVID-19 di negara ini berlaku dalam kalangan mereka yang tidak menjalani ujian saringan.

“Kita nak pastikan mereka di bawah jagaan fasiliti kesihatan sama ada Pejabat Kesihatan Daerah atau klinik swasta, bila diletak bawah jagaan dan kuarantin di rumah pemantauan itu dibuat, bila didapati mereka ada gejala lebih serius kita boleh buat intervensi atau minta datang ke hospital,” katanya.

Selain itu, beliau berkata hubungan komuniti yang kukuh juga penting dalam menurunkan kadar BID  dengan anggota masyarakat terutama pemimpin tempatan perlu memantau jiran tetangga yang positif COVID-19 dan memastikan mereka yang mempunyai gejala supaya membuat ujian saringan dengan segera. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia